{"id":13237,"date":"2026-07-20T08:58:04","date_gmt":"2026-07-20T08:58:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13237"},"modified":"2026-07-20T08:58:04","modified_gmt":"2026-07-20T08:58:04","slug":"marzuki-dakwa-umno-jatuhkan-kerajaan-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/marzuki-dakwa-umno-jatuhkan-kerajaan-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri itu melupakan jasa UMNO dan Pas, sebaliknya mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2021 tumbang selepas UMNO menarik sokongan.<\/p>\n<p>Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, beliau berkata sejarah politik negara menunjukkan UMNO menjadi parti yang menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin walaupun sebelum itu pemimpin Bersatu berkenaan berusaha memastikan pentadbiran PN terus bertahan.<\/p>\n<p>&#8220;Ketika Ahli-Ahli Parlimen UMNO sedang memegang jawatan sebagai menteri dalam Kabinet, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN menulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan semua Ahli Parlimen BN termasuk UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n<p>&#8220;Walaupun UMNO yang menjatuhkan Muhyiddin, beliau mencadangkan dan menyokong seorang pemimpin UMNO menjadi Perdana Menteri demi kelangsungan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang selepas itu dinamakan Kerajaan Keluarga Malaysia,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Marzuki mengulas kenyataan Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Hamzah Zainudin, yang mengingatkan Muhyiddin supaya tidak melabel Pas sebagai &#8220;toksik&#8221; memandangkan UMNO dan Pas pernah menyokong pelantikannya sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Muhyiddin ketika itu mengekalkan menteri-menteri daripada UMNO dan Pas dalam Kabinet, termasuk Hamzah yang terus memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.<\/p>\n<p>&#8220;Jika tidak, Pakatan Harapan telah pun menjadi kerajaan pada waktu itu. Namun, madu yang diberikan oleh Muhyiddin dibalas dengan tuba.<\/p>\n<p>&#8220;Sejurus selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, gerakan untuk menjatuhkan beliau sebagai Pengerusi PN dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah bermula,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Marzuki turut mendakwa gerakan berkenaan diketuai Hamzah dengan sokongan beberapa pemimpin Pas, sekali gus menjadi titik permulaan kepada kemelut dalam PN.<\/p>\n<p>&#8220;Dari saat itulah bermulanya PN menjadi toksik. Yang ini saya tidak akan lupa. Jadi, tidak perlulah mengungkit siapa yang menaikkan siapa.<\/p>\n<p>&#8220;Hakikatnya, yang menaikkan jugalah yang menjatuhkan. Plot cerita naik-menaik dan jatuh-menjatuh ini masih sedang berlaku dengan begitu hebat pada waktu catatan ini ditulis.<\/p>\n<p>&#8220;Watak-wataknya masih orang-orang yang sama. Kita tunggu dan lihat sahaja,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan episod itu sebagai pengajaran dalam politik, iaitu seseorang tidak seharusnya terlalu ghairah apabila diangkat kerana pihak yang sama juga boleh menjadi punca kejatuhannya.<\/p>\n<p>Kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin mentadbir negara bermula Mac 2020 sebelum tumbang pada Ogos 2021 selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen. Selepas peletakan jawatan Muhyiddin, Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan bagi mengetuai pentadbiran yang dikenali sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri itu melupakan jasa UMNO dan Pas, sebaliknya mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2021 tumbang selepas UMNO menarik sokongan. Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, beliau berkata sejarah politik negara menunjukkan UMNO menjadi parti yang menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin walaupun sebelum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1625,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4473,949,1590,340,146],"authors":[],"class_list":["post-13237","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerajaan-pn","tag-marzuki-mohamad","tag-muhyiddin-yassin","tag-tarik-sokongan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13237","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13237"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13237\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13238,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13237\/revisions\/13238"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1625"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13237"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13237"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13237"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13237"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}