{"id":1324,"date":"2025-07-06T10:57:42","date_gmt":"2025-07-06T10:57:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1324"},"modified":"2025-07-06T10:57:42","modified_gmt":"2025-07-06T10:57:42","slug":"polis-siasat-ugutan-bunuh-terhadap-pemimpin-muda-bersatu-kenal-pasti-suspek","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-siasat-ugutan-bunuh-terhadap-pemimpin-muda-bersatu-kenal-pasti-suspek\/","title":{"rendered":"Polis siasat ugutan bunuh terhadap pemimpin muda Bersatu, kenal pasti suspek"},"content":{"rendered":"<p>Siasatan dijalankan pihak polis berhubung laporan kes ugutan bunuh yang diterima seorang pemimpin muda Bersatu sudah berjaya mengenal pasti dalang dan saksi penting terbabit dalam perbuatan tersebut.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan daripada dua saksi susulan laporan polis dibuat oleh pengadu pada jam 9.13 malam, 2 Julai lalu.<\/p>\n<p>\u201cKami percaya keterangan daripada saksi ini penting untuk mengenal pasti pelaku serta memahami motif di sebalik ugutan tersebut. Setakat ini, masih belum ada sebarang tangkapan dibuat,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Katanya, pengadu yang juga seorang pengarah syarikat memaklumkan beliau menerima panggilan daripada seorang rakan pada 10.57 pagi, 2 Julai lalu yang memberitahu terdapat seorang lelaki yang didakwa sedang merancang untuk membunuhnya.<\/p>\n<p>Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah menerusi penyamaran nama.<\/p>\n<p>Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>Tambah Sulizmie, hasil siasatan awal mendapati pengadu tidak mengenali individu yang dikatakan merancang untuk membunuhnya.<\/p>\n<p>\u201cBuat masa ini, polis sedang giat mengesan identiti suspek terlibat dan menjalankan siasatan dari pelbagai sudut. Keselamatan pengadu juga diberi keutamaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, ACP Sulizmie turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp Pang Wei Keong di talian 013-2082391, atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, DSP Rosdi bin M. Husin di 013-3920694.<\/p>\n<p>Baru-baru ini, Exco Armada, Na\u2019im Brundage membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh dan cedera menggunakan asid oleh seorang individu yang tidak dikenali.<\/p>\n<p>Na\u2019im yang juga Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada mendakwa, beliau tidak menolak kemungkinan ancaman itu bermotifkan politik, memandangkan bergiat aktif dalam dunia politik dan lantang menyuarakan pandangan secara terbuka di media sosial serta media massa.<\/p>\n<p>Menurut Na\u2019im, beliau tidak menolak kemungkinan ancaman itu bermotifkan politik, memandangkan bergiat aktif dalam dunia politik dan lantang menyuarakan pandangan secara terbuka di media sosial dan media massa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siasatan dijalankan pihak polis berhubung laporan kes ugutan bunuh yang diterima seorang pemimpin muda Bersatu sudah berjaya mengenal pasti dalang dan saksi penting terbabit dalam perbuatan tersebut. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan daripada dua saksi susulan laporan polis dibuat oleh pengadu pada jam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1237,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[105,73,569,314,761,94,762],"authors":[],"class_list":["post-1324","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-armada","tag-bersatu","tag-jenayah","tag-kes","tag-naim-brundage","tag-polis","tag-ugutan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1324","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1324"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1324\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1325,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1324\/revisions\/1325"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1237"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1324"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1324"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1324"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1324"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}