{"id":13246,"date":"2026-07-20T12:35:40","date_gmt":"2026-07-20T12:35:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13246"},"modified":"2026-07-20T12:35:40","modified_gmt":"2026-07-20T12:35:40","slug":"isu-efishery-kwap-masih-kukuh-tengku-zafrul-sifatkan-dakwaan-bankrap-sebagai-auta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-efishery-kwap-masih-kukuh-tengku-zafrul-sifatkan-dakwaan-bankrap-sebagai-auta\/","title":{"rendered":"Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai \u2018auta\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Dakwaan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hampir bankrap susulan pelaburannya dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery disifatkan tidak berasas, malah bayaran pencen penjawat awam kekal terjamin.<\/p>\n<p>Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tanggungjawab kerajaan membayar pencen tidak terjejas walaupun KWAP berdepan kerugian daripada pelaburan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, berdasarkan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun 2024, KWAP merekodkan pendapatan pelaburan sekitar RM18 bilion, manakala nilai pelaburan dalam eFishery hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKeseluruhan pelaburan eFishery itu kurang satu peratus daripada pendapatan pelaburan KWAP pada tahun tersebut.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan angka 2025 pula, keseluruhan dana KWAP bernilai RM195 bilion. Pelaburan eFishery itu kurang 0.1 peratus daripada keseluruhan dana. Jadi kononnya KWAP hampir bankrap dan pencen penjawat awam tidak dapat dibayar, itu bukan fakta tetapi auta,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan KWAP berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana penjawat awam tidak mempunyai akaun simpanan individu yang akan terjejas secara langsung apabila sesuatu pelaburan mengalami kerugian.<\/p>\n<p>Tengku Zafrul berkata, jumlah sebenar pelaburan KWAP dalam eFishery ialah RM163 juta, bukannya RM200 juta seperti didakwa sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cKWAP bukan melabur bersendirian. Pegangan sahamnya hanya 2.51 peratus sebagai pelabur minoriti, manakala selebihnya dimiliki pelabur lain.<\/p>\n<p>\u201cTetapi jangan salah faham, RM163 juta tetap wang awam. Walaupun kecil berbanding keseluruhan dana, ia bukan boleh dipandang ringan. Setiap sen yang boleh diperoleh semula mesti dikejar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan KWAP menjadi mangsa penipuan terancang membabitkan manipulasi laporan kewangan eFishery sehingga dana persaraan itu melabur dalam syarikat berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, keputusan pelaburan dibuat mengikut proses penilaian dan tadbir urus yang ditetapkan berdasarkan maklumat yang tersedia pada ketika itu, termasuk penyata kewangan yang disahkan juruaudit antarabangsa.<\/p>\n<p>Isu berkenaan menjadi perhatian selepas timbul pelbagai dakwaan di media sosial yang mengaitkan kerugian pelaburan itu dengan kedudukan kewangan KWAP serta kemampuan kerajaan membayar pencen penjawat awam.<\/p>\n<p>Kerajaan dijangka memberi penjelasan lanjut mengenai perkara itu di Dewan Negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dakwaan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hampir bankrap susulan pelaburannya dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery disifatkan tidak berasas, malah bayaran pencen penjawat awam kekal terjamin. Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, tanggungjawab kerajaan membayar pencen tidak terjejas walaupun KWAP berdepan kerugian daripada pelaburan berkenaan. Menurutnya, berdasarkan penyata kewangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13124,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4447,716,4446,504,2552],"authors":[],"class_list":["post-13246","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-efishery","tag-indonesia","tag-kwap","tag-pelaburan","tag-tengku-zafrul-tengku-abdul-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13246","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13246"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13246\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13247,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13246\/revisions\/13247"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13124"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13246"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13246"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13246"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13246"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}