{"id":13255,"date":"2026-07-20T15:07:45","date_gmt":"2026-07-20T15:07:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13255"},"modified":"2026-07-20T15:09:21","modified_gmt":"2026-07-20T15:09:21","slug":"manifesto-ph-tawar-30000-pekerjaan-20000-rumah-mampu-milik-di-ns","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/manifesto-ph-tawar-30000-pekerjaan-20000-rumah-mampu-milik-di-ns\/","title":{"rendered":"Manifesto: PH tawar 30,000 pekerjaan, 20,000 rumah mampu milik di NS"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan menawarkan 10 komitmen utama yang memfokuskan kepada pengukuhan ekonomi, peningkatan kebajikan rakyat, peluang pekerjaan bergaji tinggi, pendidikan, perumahan serta pembangunan infrastruktur sebagai agenda membawa negeri itu ke arah Negeri Sembilan Maju 2045.<\/p>\n<p>Pelancaran manifesto disempurnakan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke dan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abd Rahman.<\/p>\n<p>Antara tawaran utama ialah mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan berkualiti dalam tempoh lima tahun menerusi Malaysia Vision Valley 2.0, membina 20,000 rumah mampu milik, memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR), meningkatkan bantuan pendidikan, memperluas pembangunan industri berteknologi tinggi serta merealisasikan beberapa projek infrastruktur strategik termasuk Pelabuhan Antarabangsa Port Dickson, Hospital Bandar Enstek dan Landasan Bypass Senawang-Port Klang.<\/p>\n<div id=\"attachment_13262\" style=\"width: 1010px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-13262\" class=\"size-full wp-image-13262\" src=\"https:\/\/agendadaily.my\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/photo-output-69-e1784560125724.jpeg\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"1499\" \/><p id=\"caption-attachment-13262\" class=\"wp-caption-text\">Manifesto Pakatan Harapan.<\/p><\/div>\n<p>Aminuddin berkata, manifesto itu dibina berasaskan pencapaian pentadbiran PH sepanjang menerajui negeri dan menjadi pelan kesinambungan pembangunan untuk lima tahun akan datang.<\/p>\n<p>&#8220;Negeri Sembilan berjaya mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri, mewujudkan ribuan peluang pekerjaan baharu, memperkukuh jaringan kebajikan rakyat, memperkasa institusi pendidikan, memperluas pembangunan infrastruktur dan mengekalkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh.<\/p>\n<p>&#8220;PH komited untuk meneruskan agenda pembangunan Negeri Sembilan yang stabil, progresif dan inklusif.<\/p>\n<p>&#8220;Manifesto ini berpaksikan keperluan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang mampan, peluang pekerjaan berkualiti, kebajikan yang menyeluruh dan pembangunan yang seimbang untuk seluruh lapisan masyarakat,&#8221; katanya semasa pelancaran manifesto malam ini di Seremban.<\/p>\n<p>Selain menjana pertumbuhan ekonomi, manifesto itu turut memberi penekanan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat melalui bantuan pendidikan, bantuan sara hidup pelajar institusi pengajian tinggi, insentif kepada graduan cemerlang, bantuan kepada warga emas, ibu tunggal serta pesakit kronik menerusi penambahbaikan SSR.<\/p>\n<p>PH juga berjanji memperluaskan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), menyediakan pendidikan percuma di Kolej Yayasan Negeri Sembilan, melaksanakan program literasi digital dan kecerdasan buatan (AI), selain memperkukuh pembangunan belia, wanita dan institusi keluarga.<\/p>\n<p>Dalam sektor pelancongan dan pertanian pula, gabungan itu merancang melaksanakan Pelan Pelancongan Negeri Sembilan 2030, memperkasa warisan Adat Perpatih serta memodenkan sektor pertanian menerusi Pelan Pertanian Pintar Negeri Sembilan dan Program Petani Muda.<\/p>\n<p>Manifesto itu turut menggariskan komitmen untuk memelihara keharmonian masyarakat majmuk, memperkukuh syiar Islam, meningkatkan kemudahan sekolah agama, meneruskan Dana Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) serta memperkasa Kampung Baru dan Kampung Tradisi di seluruh negeri.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan menyaksikan PH mempertahankan pentadbiran negeri selepas membentuk kerajaan sejak 2018, dengan manifesto kali ini dijadikan tawaran utama kepada pengundi untuk meneruskan agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan menawarkan 10 komitmen utama yang memfokuskan kepada pengukuhan ekonomi, peningkatan kebajikan rakyat, peluang pekerjaan bergaji tinggi, pendidikan, perumahan serta pembangunan infrastruktur sebagai agenda membawa negeri itu ke arah Negeri Sembilan Maju 2045. Pelancaran manifesto disempurnakan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; Timbalan Pengerusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13259,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[3686,63,2512,1154,727,9,103],"authors":[],"class_list":["post-13255","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","tag-aminuddin-harun","tag-dap","tag-manifesto","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-pkr","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13255","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13255"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13255\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13264,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13255\/revisions\/13264"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13259"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13255"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13255"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13255"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13255"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}