{"id":13274,"date":"2026-07-21T02:43:29","date_gmt":"2026-07-21T02:43:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13274"},"modified":"2026-07-21T02:43:29","modified_gmt":"2026-07-21T02:43:29","slug":"menteri-diingatkan-kekal-profesional-semasa-berkempen-bukan-arah-letak-jawatan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/menteri-diingatkan-kekal-profesional-semasa-berkempen-bukan-arah-letak-jawatan-fahmi\/","title":{"rendered":"Menteri diingatkan kekal profesional semasa berkempen, bukan arah letak jawatan: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim setakat ini tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada anggota Kabinet untuk melepaskan jawatan, sebaliknya hanya mengingatkan semua anggota pentadbiran supaya mengekalkan disiplin, profesionalisme dan semangat perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, tiada arahan lain diberikan selain peringatan agar semua yang berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan terus menghormati antara satu sama lain ketika menghadapi persaingan politik.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini belum ada apa-apa arahan daripada Perdana Menteri. Cuma peringatan agar semua yang berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan mengekalkan semangat perpaduan. Ia juga peringatan supaya kita memastikan aspek disiplin dan profesionalisme sentiasa dipelihara ketika berkempen,\u201d katanya selepas Program Ziarah Kasih di Felda Palong 2 bersama calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G. Manivanan pada malam Isnin.<\/p>\n<p>Penjelasan Fahmi hadir susulan kenyataan Menteri Luar, Mohamad Hasan yang dilaporkan bersedia melepaskan jawatan sebagai anggota Kabinet sekiranya diarahkan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin pula dilaporkan berpandangan seseorang menteri tidak perlu menunggu lama untuk berundur sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Anwar memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri serta pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada PRN.<\/p>\n<p>Menurut beliau, mana-mana pihak yang ingkar boleh diminta berundur daripada jawatan masing-masing.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Perdana Menteri memahami proses demokrasi memberi ruang kepada parti-parti menyatakan pendirian serta bertanding secara berasingan.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita lihat beberapa PRN sebelum ini, parti-parti juga bertanding secara berasingan. Tapi yang ditegaskan ialah supaya terus saling menghormati. Disiplin dalam kalangan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan amat penting,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan setiap tindakan atau kenyataan daripada anggota pentadbiran mampu memberi kesan kepada persepsi pelabur tempatan dan asing terhadap kestabilan negara.<\/p>\n<p>\u201cSebarang tindakan di pihak Kerajaan Persekutuan mempunyai implikasi terhadap persepsi pelabur dalam dan luar negara. Perdana Menteri turut mengambil kira aspek ini ketika mengurus perbezaan yang timbul sepanjang proses demokrasi berlangsung,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan menyaksikan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan bertanding menggunakan lambang masing-masing di beberapa kerusi mengikut persefahaman yang dipersetujui.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim setakat ini tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada anggota Kabinet untuk melepaskan jawatan, sebaliknya hanya mengingatkan semua anggota pentadbiran supaya mengekalkan disiplin, profesionalisme dan semangat perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, tiada arahan lain diberikan selain peringatan agar semua yang berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan terus menghormati [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13275,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,1646,49,185,114,1154,18,103],"authors":[],"class_list":["post-13274","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-arahan","tag-fahmi-fadzil","tag-kempen","tag-letak-jawatan","tag-negeri-sembilan","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13274","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13274"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13274\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13276,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13274\/revisions\/13276"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13275"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13274"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13274"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13274"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13274"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}