{"id":13278,"date":"2026-07-21T02:49:53","date_gmt":"2026-07-21T02:49:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13278"},"modified":"2026-07-21T02:49:53","modified_gmt":"2026-07-21T02:49:53","slug":"jangan-nafikan-pemimpin-melayu-islam-dalam-ph-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-nafikan-pemimpin-melayu-islam-dalam-ph-fahmi\/","title":{"rendered":"Jangan nafikan pemimpin Melayu-Islam dalam PH: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menegaskan gabungan itu mempunyai ramai pemimpin Melayu-Islam yang sentiasa memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa, sekali gus menolak dakwaan kononnya PH mengabaikan agenda berkenaan.<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang membangkitkan isu Melayu dan Islam lebih dilihat sebagai usaha membina semula pengaruh politik selepas kembali menyertai UMNO.<\/p>\n<p>Menurutnya, Khairy sudah lama meninggalkan UMNO sebelum kembali semula, justeru beliau kini memerlukan ruang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam parti.<\/p>\n<p>&#8220;Dia keluar UMNO agak lama dan mahu memulakan semula asas politiknya. Jadi, dia akan mengeluarkan apa sahaja kenyataan yang dirasakan perlu supaya keberadaannya dapat dilihat oleh orang ramai,&#8221; katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di Felda Palong 2 bersama calon PH, G. Manivanan di Jempol pada malam Isnin.<\/p>\n<p>Fahmi mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai satu isyarat kepada PH.<\/p>\n<p>Khairy sebelum ini mendakwa sebahagian ahli UMNO berpandangan kerajaan Persekutuan kurang peka terhadap sensitiviti orang Melayu serta gagal menunaikan beberapa janji yang pernah dibuat.<\/p>\n<p>Mengulas dakwaan itu, Fahmi menegaskan PH tidak pernah ketandusan pemimpin Melayu-Islam, malah ramai tokoh utama dalam gabungan itu memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara dan parti.<\/p>\n<p>&#8220;Anwar Ibrahim itu bukan Melayu-Islam? Mohamad Sabu bukan Melayu-Islam? Dzulkefly Ahmad bukan Melayu-Islam? Amirudin Shari, Aminuddin Harun bukan Melayu-Islam?<\/p>\n<p>&#8220;Saya rasa hentikanlah bermain dengan kepalsuan ini. Ingat, sebagai seorang Muslim, setiap perkara yang kita katakan sekiranya dusta maka ada balasan di akhirat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mengeksploitasi sentimen agama dan kaum demi kepentingan politik, terutama ketika kempen PRN sedang berlangsung.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan menyaksikan persaingan sengit dalam usaha menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menegaskan gabungan itu mempunyai ramai pemimpin Melayu-Islam yang sentiasa memperjuangkan kepentingan agama dan bangsa, sekali gus menolak dakwaan kononnya PH mengabaikan agenda berkenaan. Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang membangkitkan isu Melayu dan Islam lebih dilihat sebagai usaha membina semula pengaruh politik selepas kembali menyertai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13279,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[49,610,184,10,205,1154,727,347,103],"authors":[],"class_list":["post-13278","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi-fadzil","tag-islam","tag-komunikasi","tag-melayu","tag-menteri","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-ph","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13278","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13278"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13278\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13280,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13278\/revisions\/13280"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13279"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13278"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13278"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13278"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13278"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}