{"id":13312,"date":"2026-07-21T08:49:52","date_gmt":"2026-07-21T08:49:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13312"},"modified":"2026-07-21T12:36:12","modified_gmt":"2026-07-21T12:36:12","slug":"keputusan-rayuan-kes-hasutan-papagomo-31-julai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keputusan-rayuan-kes-hasutan-papagomo-31-julai\/","title":{"rendered":"Keputusan rayuan kes hasutan Papagomo 31 Julai"},"content":{"rendered":"<p>Pihak pendakwaan menegaskan pertuduhan hasutan terhadap blogger Papagomo tidak cacat di sisi undang-undang meskipun pengadu menarik balik laporan polis, ketika Mahkamah Tinggi mendengar rayuan terhadap pembebasannya hari ini.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam berkata Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan hanya kerana memberi penekanan terhadap tindakan pengadu menarik balik laporan polis.<\/p>\n<p>Beliau berhujah keputusan meneruskan pendakwaan adalah bidang kuasa Peguam Negara mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah, justeru mahkamah tidak boleh mengetepikan keputusan itu.<\/p>\n<p>&#8220;Mahkamah tidak boleh mengetepikan kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah yang memutuskan untuk meneruskan pendakwaan ke atas responden,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mohamad Mustaffa yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya, Deepa Nair Thevaharan turut menegaskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan Papagomo mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan berdasarkan keterangan saksi-saksi yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, keterangan pengadu, Hisham Shaharudin tidak pernah dipadam atau diketepikan melalui prosiding mencabar kredibiliti saksi, walaupun laporan polis ditarik balik selepas saksi itu selesai memberi keterangan di mahkamah.<\/p>\n<p>&#8220;Pengadu menarik balik laporan polisnya selepas selesai memberikan keterangan di mahkamah.<\/p>\n<p>&#8220;Adakah ini bermakna kes pendakwaan secara automatik gagal serta wajar diberikan pelepasan dan pembebasan?,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau memohon Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengarahkan Papagomo dipanggil membela diri.<\/p>\n<p>Sementara itu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berhujah pihak pendakwaan gagal membuktikan kenyataan anak guamnya memenuhi elemen kesalahan menghasut seperti diperuntukkan di bawah Akta Hasutan 1948.<\/p>\n<p>Menurutnya, Mahkamah Sesyen membuat keputusan yang tepat berdasarkan keterangan saksi serta peruntukan undang-undang semasa dan tidak ada alasan untuk Mahkamah Tinggi campur tangan.<\/p>\n<p>Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi, Nurulhuda Nur&#8217;aini Mohamad Nor menetapkan 31 Julai untuk menyampaikan keputusan rayuan.<\/p>\n<p>Pada 3 September tahun lalu, Mahkamah Sesyen membebaskan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.<\/p>\n<p>Pada 8 Januari 2024, beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan kerajaan sebagai pro-Israel dan negara Barat menerusi akaun Facebook &#8220;Halid Hamidi (Halid Mat Kool)&#8221;.<\/p>\n<p>Kenyataan itu didakwa dilihat oleh seorang individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, pada jam 1 tengah hari, 8 November 2023.<\/p>\n<p>Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pihak pendakwaan menegaskan pertuduhan hasutan terhadap blogger Papagomo tidak cacat di sisi undang-undang meskipun pengadu menarik balik laporan polis, ketika Mahkamah Tinggi mendengar rayuan terhadap pembebasannya hari ini. Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam berkata Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan hanya kerana memberi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2829,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1105,515,4481,2217,1466],"authors":[],"class_list":["post-13312","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta-hasutan","tag-hasutan","tag-keputusan-rayuan","tag-kes-mahkamah","tag-papagomo"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13312","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13312"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13312\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13313,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13312\/revisions\/13313"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2829"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13312"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13312"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13312"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13312"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}