{"id":1334,"date":"2025-07-07T04:06:04","date_gmt":"2025-07-07T04:06:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1334"},"modified":"2025-07-07T04:06:04","modified_gmt":"2025-07-07T04:06:04","slug":"rafizi-dan-rakan-mp-pkr-desak-penubuhan-rci-berhubung-institusi-kehakiman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-dan-rakan-mp-pkr-desak-penubuhan-rci-berhubung-institusi-kehakiman\/","title":{"rendered":"Rafizi dan rakan MP PKR desak penubuhan RCI berhubung institusi kehakiman"},"content":{"rendered":"<p>Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) (RCI) berhubung isu reformasi institusi dan ketua hakim negara digesa ditubuhkan, ia ekoran wujud kemelut dalam sistem perundangan negara yang menimbulkan kebimbangan.<\/p>\n<p>Gesaan penubuhan RCI dibuat Ahli Parlimen (MP) Pandan, Rafizi Ramli bersama lapan wakil rakyat PKR lain yang menyatakan beberapa maklumat yang kini tular perlu dijelaskan segera bagi mengelakkan krisis kepercayaan terhadap kerajaan dan institusi kehakiman.<\/p>\n<p>\u201cKita akan memohon prosiding dijalankan jawatan kuasa khas antara lain bagi memanggil Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi memberi keterangan kerana soal lantikan ketua hakim negara mengikut Perlembagaan adalah di bawah perdana menteri.<\/p>\n<p>\u201cIa bukannya dari Kabinet, jadi tiada yang boleh menjawab kecuali perdana menteri. Saya akan menulis secara rasmi kepada pengerusi jawatan kuasa dan setiap anggota,\u201d katanya pada sidang media khas di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, Puchong Jaya hari ini.<\/p>\n<p>Rafizi berkata, kemelut berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera kerana situasinya kini dilihat mirip skandal video VK Lingam pada 2007, yang membabitkan cubaan mempengaruhi lantikan ketua hakim negara ketika itu.<\/p>\n<p>Sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.<\/p>\n<p>Dua lagi ahli Parlimen PKR yang tidak hadir namun menyokong pendirian berhubung reformasi institusi kehakiman itu ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebagai ahli Parlimen adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kebebasan institusi kehakiman dan pengasingan kuasa di antara tiga cabang Kerajaan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Rafizi memaklumkan akan menggerakkan satu kempen dalam kalangan ahli parlimen untuk mendapat sokongan dari seberapa banyak ahli Parlimen pelbagai parti untuk menuntut perkara (a), (b) dan (c).<\/p>\n<p>\u201cKami juga akan gerakkan forum awam di seluruh negara untuk memberi kesedaran dan mendapatkan sokongan rakyat bagi perkara (a), (b), (c) dan (d).<\/p>\n<p>\u201cForum awam yang pertama akan bermula di Kuala Lumpur\/ Selangor pada Ahad, 13 Julai jam 8.3 malam sebelum bergerak ke bandar-bandar utama seluruh negara,\u201d jelasnya maklumat lanjut mengenai forum akan diumumkan kemudian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) (RCI) berhubung isu reformasi institusi dan ketua hakim negara digesa ditubuhkan, ia ekoran wujud kemelut dalam sistem perundangan negara yang menimbulkan kebimbangan. Gesaan penubuhan RCI dibuat Ahli Parlimen (MP) Pandan, Rafizi Ramli bersama lapan wakil rakyat PKR lain yang menyatakan beberapa maklumat yang kini tular perlu dijelaskan segera bagi mengelakkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1335,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[107,612,58,9,209],"authors":[],"class_list":["post-1334","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-parlimen","tag-kehakiman","tag-mahkamah","tag-pkr","tag-rafizi-ramli"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1334","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1334"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1334\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1336,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1334\/revisions\/1336"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1335"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1334"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1334"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1334"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1334"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}