{"id":13367,"date":"2026-07-22T10:08:05","date_gmt":"2026-07-22T10:08:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13367"},"modified":"2026-07-22T10:08:05","modified_gmt":"2026-07-22T10:08:05","slug":"pmx-kerajaan-ph-negeri-sembilan-berjaya-kembalikan-hasil-pembangunan-kepada-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-kerajaan-ph-negeri-sembilan-berjaya-kembalikan-hasil-pembangunan-kepada-rakyat\/","title":{"rendered":"PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Pelaksanaan projek pelebaran dan pendalaman sungai secara timbal balik di Negeri Sembilan menjadi bukti pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mengurus hasil pembangunan negeri secara telus dan mengembalikannya untuk manfaat rakyat, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, projek di kawasan Ampangan itu bukan sahaja membantu mengurangkan risiko banjir, malah membolehkan hasil daripada aktiviti pengorekan pasir digunakan semula untuk membiayai kerja penyelenggaraan serta menaik taraf infrastruktur sungai.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan ini memastikan sumber negeri diurus dengan baik dan hasilnya dimanfaatkan semula untuk kepentingan rakyat, khususnya dalam meningkatkan sistem saliran serta mengurangkan risiko banjir,\u201d katanya ketika berucap pada program Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Benteng@Medan Selera Ampangan pada Rabu.<\/p>\n<p>Turut hadir calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Muhammad Nazri Kassim.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Pengerusi PH berada di Negeri Sembilan bagi menghadiri beberapa siri kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, beliau menegaskan pentadbiran yang berintegriti perlu terus menjadi asas kepada pembangunan negeri dan negara supaya setiap projek dilaksanakan dengan mengutamakan kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>Beliau turut berkongsi pengalaman ketika terlibat dalam rundingan pembangunan sebuah projek hotel di Port Dickson yang menurutnya mengambil kira kebajikan komuniti nelayan, termasuk usaha meningkatkan peluang pendidikan dan menambah baik kediaman penduduk.<\/p>\n<p>Mengulas PRN Negeri Sembilan, Anwar menyeru pengundi membuat pilihan yang tepat dengan terus memberi mandat kepada PH menerajui kerajaan negeri.<\/p>\n<p>\u201cKita pilih orang yang ada amanah. Ada ramai orang Melayu yang baik, ramai orang India yang baik dan ramai orang Cina yang baik, yang ada maruah. Pilih mereka, Insya-Allah masa depan kita lebih selamat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi mandat baharu kepada kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Pada pilihan raya kali ini, PH bertanding di semua 36 kerusi DUN menerusi 16 calon PKR, 11 calon DAP dan sembilan calon Amanah.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Julai sebagai hari pengundian awal, manakala hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan berlangsung pada 1 Ogos.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan projek pelebaran dan pendalaman sungai secara timbal balik di Negeri Sembilan menjadi bukti pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mengurus hasil pembangunan negeri secara telus dan mengembalikannya untuk manfaat rakyat, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, projek di kawasan Ampangan itu bukan sahaja membantu mengurangkan risiko banjir, malah membolehkan hasil daripada aktiviti pengorekan pasir digunakan semula [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12730,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4494,170,136,4495,1154,727,18,103],"authors":[],"class_list":["post-13367","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ampangan","tag-anwar-ibrahim","tag-calon","tag-muhammad-nazri-kassim","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13367","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13367"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13367\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13368,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13367\/revisions\/13368"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12730"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13367"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13367"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13367"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13367"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}