{"id":1337,"date":"2025-07-07T04:21:22","date_gmt":"2025-07-07T04:21:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1337"},"modified":"2025-07-07T04:21:22","modified_gmt":"2025-07-07T04:21:22","slug":"malaysia-tekankan-sistem-ekonomi-global-yang-saksama-dalam-brics-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-tekankan-sistem-ekonomi-global-yang-saksama-dalam-brics-pmx\/","title":{"rendered":"Malaysia tekankan sistem ekonomi global yang saksama dalam BRICS: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberi penekanan supaya BRICS perlu memainkan peranan sebagai sebuah organisasi yang akan menjamin kemaslahatan ekonomi global yang saksama disamping memastikan persekitaran digital yang selamat.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menyatakan pendirian Malaysia yang sedia bekerjasama dengan BRICS untuk memastikan reformasi sistem perdagangan global yang lebih adil, terbuka dan berpaksikan pembangunan.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan BRICS dan negara-negara rakan bagi membentuk sebuah sistem ekonomi global yang lebih saksama, persekitaran digital yang selamat dan diyakini serta multilateralisme yang benar-benar berfungsi demi masa depan bersama umat manusia,\u201d katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.<\/p>\n<p>Sementara itu, menurut Anwar, Malaysia berpendirian tegas bahawa masa depan dunia tidak harus dibelenggu oleh pertembungan blok atau perpecahan geopolitik.<\/p>\n<p>Sebaliknya, ujar beliau, ia perlu dibentuk melalui semangat kerjasama, perkongsian kemakmuran dan komitmen kolektif terhadap masa depan digital yang adil, selamat dan inklusif untuk semua.<\/p>\n<p>Tambahnya, beliau memandang serius senario pertembungan \u2018geopolitics of tech\u2019 atau teknologi berpaksikan kuasa geopolitik yang membawa risiko terhadap inovasi dan kestabilan bermasyarakat dan bernegara.<\/p>\n<p>Ujarnya, multilateralisme kini bukan lagi satu pilihan, tetapi merupakan keperluan mutlak untuk menjamin kestabilan global, keadilan ekonomi dan kedaulatan negara-negara membangun agar tidak terus terpinggir dalam arus peralihan geopolitik dan teknologi.<\/p>\n<p>\u201cDalam menghadapi realiti ini, Malaysia memilih jalan kerjasama yang berprinsip, bukan konfrontasi, selaras dengan prinsip keadilan, keterangkuman dan kedaulatan sejagat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selain itu, Anwar juga menggesa dunia supaya tidak terus membisu terhadap jenayah kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Iran.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, Malaysia juga menyambut baik kenyataan BRICS yang menekankan tadbir urus AI berasaskan nilai etika dan kesejahteraan sejagat.<\/p>\n<p>Malah, ujar beliau, Malaysia sendiri telah melancarkan Pelan Hala Tuju AI Negara serta Garis Panduan Tadbir Urus AI dan kini memimpin inisiatif penubuhan jaringan Asean AI bagi memperkukuh keupayaan, ketelusan dan piawaian serantau dalam teknologi canggih itu.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, perkara itu antara yang dibangkitkan beliau pada sesi intervensi pada hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio De Janeiro, Brazil, semalam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim memberi penekanan supaya BRICS perlu memainkan peranan sebagai sebuah organisasi yang akan menjamin kemaslahatan ekonomi global yang saksama disamping memastikan persekitaran digital yang selamat. Perdana Menteri menyatakan pendirian Malaysia yang sedia bekerjasama dengan BRICS untuk memastikan reformasi sistem perdagangan global yang lebih adil, terbuka dan berpaksikan pembangunan. \u201cMalaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1338,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,805,65,68,38,197],"authors":[],"class_list":["post-1337","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-brazil","tag-brics","tag-ekonomi","tag-malaysia","tag-perdana-menteri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1337","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1337"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1337\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1339,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1337\/revisions\/1339"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1338"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1337"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1337"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1337"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1337"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}