{"id":13386,"date":"2026-07-22T16:03:32","date_gmt":"2026-07-22T16:03:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13386"},"modified":"2026-07-22T16:05:16","modified_gmt":"2026-07-22T16:05:16","slug":"teknologi-perlu-selamat-adil-dan-dipercayai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/teknologi-perlu-selamat-adil-dan-dipercayai\/","title":{"rendered":"Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai"},"content":{"rendered":"<p>Akauntabiliti dan pendekatan berteraskan rakyat perlu menjadi tunjang kepada pembangunan ekosistem digital negara bagi memastikan kemajuan teknologi benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat serta kekal selamat, inklusif dan dipercayai.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata kemajuan digital tidak lagi boleh diukur berdasarkan kecanggihan teknologi semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira aspek akauntabiliti, daya tahan dan sejauh mana inovasi meningkatkan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Orang ramai tidak akan menilai teknologi hanya berdasarkan sejauh mana kecanggihannya tetapi mereka akan membuat penilaian berdasarkan sama ada teknologi itu selamat, adil dan boleh dipercayai.<\/p>\n<p>&#8220;Pandangan kedua ialah teknologi dan akauntabiliti perlu berkembang seiring,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata masa depan teknologi bukan sahaja ditentukan oleh inovasi yang dihasilkan, malah bergantung kepada cara teknologi itu dikawal selia dan golongan yang menerima manfaat daripadanya.<\/p>\n<p>&#8220;Masa depan teknologi bukan sahaja ditentukan oleh perkara yang kita cipta tetapi juga pilihan yang kita buat tentang cara inovasi dikawal dan kepada siapa manfaatnya disalurkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Teo berkata, cabaran keselamatan dalam talian kini semakin besar apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengemukakan lebih 1.2 juta permohonan kepada platform media sosial untuk menurunkan kandungan berbahaya dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 15 Julai 2026.<\/p>\n<p>Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 1.138 juta kandungan yang memudaratkan berjaya dipadamkan oleh penyedia platform.<\/p>\n<p>Beliau berkata, bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Julai tahun ini sahaja, MCMC mengemukakan 377,502 permohonan penurunan kandungan, bersamaan hampir 78 peratus daripada keseluruhan permohonan yang direkodkan sepanjang 2025.<\/p>\n<p>&#8220;Angka ini mewakili purata kira-kira 1,900 permintaan bagi penurunan kandungan dikeluarkan setiap hari, dan sebagai tindak balas, platform terbabit telah menurunkan hingga 350,332 kandungan memudaratkan dalam tempoh 1 Januari hingga 15 Julai tahun ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, peraturan sahaja tidak mencukupi untuk memastikan ruang digital kekal selamat, terutama dalam aspek keselamatan dalam talian, perlindungan kanak-kanak dan akauntabiliti platform.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menyeru penyedia platform, pengawal selia, sekolah, komuniti serta pemain industri memperkukuh kerjasama bagi memastikan ciri keselamatan diterapkan sejak peringkat reka bentuk sistem dan bukannya hanya bertindak selepas berlaku kemudaratan.<\/p>\n<p>IRC 2026 yang berlangsung selama dua hari menghimpunkan pengawal selia, pemimpin industri dan pakar dari Malaysia serta pelbagai negara untuk membincangkan isu tadbir urus digital, keselamatan dalam talian, kecerdasan buatan, daya tahan teknologi dan pembangunan ekonomi digital.<\/p>\n<p>Persidangan edisi ketiga itu bertemakan \u2018Shaping the Next Digital Era: Regulation, Resilience and Trust\u2019 dengan penekanan terhadap usaha membina ekosistem digital yang lebih selamat, dipercayai dan berpusatkan rakyat.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Akauntabiliti dan pendekatan berteraskan rakyat perlu menjadi tunjang kepada pembangunan ekosistem digital negara bagi memastikan kemajuan teknologi benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat serta kekal selamat, inklusif dan dipercayai. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata kemajuan digital tidak lagi boleh diukur berdasarkan kecanggihan teknologi semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira aspek akauntabiliti, daya tahan dan sejauh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13388,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4502,4503,16,19,33],"authors":[],"class_list":["post-13386","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ekosistem-digital","tag-irc-2026","tag-mcmc","tag-teknologi","tag-teo-nie-ching"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13386","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13386"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13386\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13387,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13386\/revisions\/13387"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13388"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13386"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13386"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13386"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13386"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}