{"id":13389,"date":"2026-07-22T19:19:33","date_gmt":"2026-07-22T19:19:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13389"},"modified":"2026-07-22T19:19:33","modified_gmt":"2026-07-22T19:19:33","slug":"prn-ns-anwar-harap-pengundi-kekalkan-aminuddin-berdasarkan-rekod","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-ns-anwar-harap-pengundi-kekalkan-aminuddin-berdasarkan-rekod\/","title":{"rendered":"PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim menggesa pengundi Negeri Sembilan mengekalkan Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar berdasarkan rekod pentadbirannya, sambil menyelar pihak yang didakwa terlalu ghairah merebut jawatan tersebut sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, keutamaan dalam pilihan raya bukan siapa yang memperoleh jawatan, sebaliknya memastikan negeri terus ditadbir dengan baik, bersih dan stabil demi kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cDi sebelah sana, berapa ramai yang berebut jawatan Menteri Besar? Belum apa-apa sudah berebut, lepas pilihan raya nanti pun berebut lagi.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu jangan bagi mereka berebut. Berikan mandat kepada pimpinan PH yang sudah terbukti fokus bekerja untuk rakyat,\u201d katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Taman Sri Penaga, Sikamat.<\/p>\n<p>Anwar berkata Aminuddin telah membuktikan keupayaannya sepanjang menerajui pentadbiran negeri tanpa dikaitkan dengan rasuah atau penyelewengan, sekali gus wajar diberi peluang meneruskan agenda pembangunan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan dakwaan pihak lawan yang cuba memburukkan kepimpinan Aminuddin menjelang pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak pernah dengar Aminuddin gagal mentadbir, terpalit rasuah, tidak bantu rakyat atau orang Melayu. Tiba-tiba sekarang dia dituduh tidak tolong Melayu dan menjadi boneka DAP. Selama tiga tahun lebih memerintah, di mana isu itu?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar mendakwa krisis politik yang membawa kepada PRN Negeri Sembilan bukan berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya didorong keinginan segelintir pihak untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar.<\/p>\n<p>\u201cRupa-rupanya bukan soal Melayu. Isunya bagaimana hendak rebut jawatan Menteri Besar. Sebab itu timbul percubaan mengambil alih pentadbiran negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Anwar memberi jaminan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan akan terus dikekalkan meskipun PH dan Barisan Nasional (BN) bertembung dalam PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Beliau berkata kestabilan politik negara perlu dipertahankan bagi memastikan ekonomi terus berkembang dan keyakinan pelabur tidak terjejas.<\/p>\n<p>\u201cSaya mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri seperti biasa pagi tadi bersama Ahmad Zahid Hamidi, Anthony Loke, Mohamad Sabu dan menteri-menteri lain.<\/p>\n<p>\u201cMesyuarat berjalan seperti biasa. Dalam hati siapa yang tahu. Yang penting kita pertahankan kestabilan. Kalau politik tidak stabil, pelabur tidak datang dan akhirnya rakyat yang menanggung kesusahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selain itu, Anwar turut mengkritik kempen berunsur perkauman yang dimainkan sesetengah pihak sepanjang pilihan raya, sambil menegaskan Kerajaan Perpaduan memberi layanan adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum melalui pelbagai inisiatif termasuk bantuan sosioekonomi, perumahan dan pelarasan gaji penjawat awam.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan diadakan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan susulan kemelut politik yang menyaksikan kerjasama antara BN dan PH berakhir di peringkat negeri.<\/p>\n<p>Pilihan raya kali ini dilihat penting dalam menentukan kesinambungan pentadbiran negeri yang diterajui PH sejak 2018, dengan Aminuddin sekali lagi mempertahankan jawatan Menteri Besar menerusi pencalonannya di DUN Linggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim menggesa pengundi Negeri Sembilan mengekalkan Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar berdasarkan rekod pentadbirannya, sambil menyelar pihak yang didakwa terlalu ghairah merebut jawatan tersebut sehingga mengabaikan kepentingan rakyat. Menurut Perdana Menteri, keutamaan dalam pilihan raya bukan siapa yang memperoleh jawatan, sebaliknya memastikan negeri terus ditadbir dengan baik, bersih dan stabil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13390,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,13,408,1154,727,18,103],"authors":[],"class_list":["post-13389","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-anwar","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-pmx","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13389","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13389"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13389\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13391,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13389\/revisions\/13391"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13390"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13389"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13389"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13389"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13389"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}