{"id":13392,"date":"2026-07-22T19:40:49","date_gmt":"2026-07-22T19:40:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13392"},"modified":"2026-07-23T02:40:02","modified_gmt":"2026-07-23T02:40:02","slug":"berita-baik-untuk-rakyat-bantuan-sara-akan-dinaikkan-pada-masa-terdekat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/berita-baik-untuk-rakyat-bantuan-sara-akan-dinaikkan-pada-masa-terdekat\/","title":{"rendered":"Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat sebagai langkah memperkukuh bantuan kepada rakyat yang masih berdepan tekanan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira maklum balas serta rintihan rakyat walaupun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun kita beri Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA, kerajaan Negeri Sembilan juga beri bonus tinggi kepada penjawat awam, adakah masalah rakyat sudah selesai? Belum.<\/p>\n<p>\u201cKerana itu kita dengar rintihan rakyat dan insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan naikkan lagi SARA untuk rakyat,\u201d katanya ketika berucap pada Ceramah Jelajah Kekal Harapan di Senawang sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pada Rabu malam.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kerajaan sentiasa menilai keberkesanan pelbagai inisiatif kebajikan yang dilaksanakan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.<\/p>\n<p>Menurutnya, usaha meningkatkan SARA mencerminkan komitmen Kerajaan Madani untuk terus membantu rakyat berdepan peningkatan kos kehidupan tanpa mengabaikan kedudukan kewangan negara.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Anwar memaklumkan kerajaan sedang memperhalusi kemungkinan menambah jumlah bantuan kepada rakyat termasuk STR dan SARA sekiranya prestasi ekonomi negara terus menggalakkan.<\/p>\n<p>Katanya, perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican, sebagai sebahagian daripada persediaan menjelang pembentangan Belanjawan 2027.<\/p>\n<p>SARA merupakan antara komponen utama di bawah inisiatif Payung Rahmah yang disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah bagi membantu mereka membeli barangan keperluan asas.<\/p>\n<p>Program itu melengkapi STR yang disalurkan secara tunai kepada isi rumah dan individu yang layak.<\/p>\n<p>Pengumuman kenaikan kadar SARA dibuat ketika kempen PRN Negeri Sembilan sedang berlangsung, dengan hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan menaikkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat sebagai langkah memperkukuh bantuan kepada rakyat yang masih berdepan tekanan kos sara hidup. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira maklum balas serta rintihan rakyat walaupun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini. \u201cWalaupun kita beri Sumbangan Tunai Rahmah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4378,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,944,2028,18,1004],"authors":[],"class_list":["post-13392","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bantuan","tag-naik","tag-pmx","tag-sara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13392","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13392"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13392\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13393,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13392\/revisions\/13393"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4378"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13392"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13392"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13392"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13392"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}