{"id":13424,"date":"2026-07-23T07:18:54","date_gmt":"2026-07-23T07:18:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13424"},"modified":"2026-07-23T07:18:54","modified_gmt":"2026-07-23T07:18:54","slug":"ph-fokus-manifesto-aminuddin-enggan-layan-fitnah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-fokus-manifesto-aminuddin-enggan-layan-fitnah\/","title":{"rendered":"PH fokus manifesto, Aminuddin enggan layan fitnah"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) memilih untuk tidak melayan serangan politik atau dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah sepanjang baki tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata gabungan itu akan memberi tumpuan kepada penjelasan manifesto dan tawaran kepada rakyat.<\/p>\n<p>Katanya, pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap dirinya dan gabungan itu termasuk dakwaan kononnya menjadi &#8216;boneka DAP&#8217;, namun semuanya tidak disertakan dengan bukti.<\/p>\n<p>&#8220;Serangan itu tidak memberi kesan kepada kami. Apa yang kami tawarkan kepada rakyat sudah diterjemahkan menerusi manifesto.<\/p>\n<p>&#8220;Itulah yang lebih penting daripada melayan andaian dan fitnah yang dimainkan pihak lawan,&#8221; katanya pada sidang media di Port Dickson, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, PH lebih mengutamakan usaha meyakinkan pengundi melalui rekod pentadbiran dan perancangan masa depan berbanding terlibat dalam perang kenyataan dengan pihak lawan.<\/p>\n<p>Menurutnya, barisan calon yang diketengahkan PH pada PRN kali ini mempunyai pengalaman serta kemampuan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri sekiranya diberikan mandat sekali lagi.<\/p>\n<p>Aminuddin berkata, rakyat juga mampu membuat penilaian sendiri terhadap prestasi kerajaan negeri sepanjang tempoh pentadbiran sebelum ini.<\/p>\n<p>&#8220;Perdana Menteri sudah umum beberapa kali saya calon Menteri Besar, jadi saya perlu bekerja bukan lagi 100 peratus, tetapi 200 peratus bersama seluruh pasukan bagi memastikan kemenangan PH.<\/p>\n<p>&#8220;Saya akan memastikan kita mampu mengorak langkah. Sebab itu kita nampak calon-calon PH kali ini mampu memberikan saingan dengan pengalaman dan kebolehan mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Mereka juga mampu melaksanakan amanah ini dengan baik, insya-Allah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kempen pilihan raya kini memasuki fasa akhir dengan semua parti politik giat mendekati pengundi bagi meraih sokongan menjelang hari pengundian.<\/p>\n<p>Dalam tempoh itu, persaingan turut menyaksikan pelbagai dakwaan dan serangan politik antara parti yang bertanding, namun PH menegaskan fokusnya kekal kepada penyampaian dasar serta tawaran kepada rakyat.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) memilih untuk tidak melayan serangan politik atau dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah sepanjang baki tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata gabungan itu akan memberi tumpuan kepada penjelasan manifesto dan tawaran kepada rakyat. Katanya, pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap dirinya dan gabungan itu termasuk dakwaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13270,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,291,2512,347,4465],"authors":[],"class_list":["post-13424","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-fitnah","tag-manifesto","tag-ph","tag-prn-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13424","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13424"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13424\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13425,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13424\/revisions\/13425"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13270"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13424"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13424"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13424"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13424"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}