{"id":1346,"date":"2025-07-07T04:52:30","date_gmt":"2025-07-07T04:52:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1346"},"modified":"2025-07-07T04:52:30","modified_gmt":"2025-07-07T04:52:30","slug":"pm-india-bertemu-anwar-semasa-sidang-brics-anggap-msia-rakan-penting","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pm-india-bertemu-anwar-semasa-sidang-brics-anggap-msia-rakan-penting\/","title":{"rendered":"PM India bertemu Anwar semasa sidang BRICS, anggap M\u2019sia rakan penting"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa Sidang Kemuncak BRICS ke-17 yang berlangsung di Brazil bagi mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara.<\/p>\n<p>Semasa pertemuan tersebut, Modi menzahirkan penghargaan kepada Malaysia sebagai rakan strategik penting dan mengganggap ia sebagai pertemuan yang bermakna.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia adalah rakan penting bagi India dan mempunyai kedudukan utama dalam Visi MAHASAGAR dan Dasar Act East kami,\u201d kata Modi dalam catatan Facebooknya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh perkembangan positif dalam hubungan dua hala sejak lawatan rasmi Anwar ke India tahun lalu.<\/p>\n<p>\u201cKami meneliti kemajuan dalam hubungan dua hala, termasuk sektor masa hadapan seperti teknologi maklumat, tenaga boleh baharu dan infrastruktur yang menunjukkan pertumbuhan kukuh,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Modi turut menegaskan komitmen India untuk mempertingkatkan lagi hubungan pelaburan dan perdagangan bersama Malaysia.<\/p>\n<p>Sementara itu, Anwar dalam satu kenyataan berkata pertemuan singkat namun padat itu menyentuh pelbagai potensi kerjasama baharu termasuk dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi digital dan pertahanan.<\/p>\n<p>\u201cKami meneliti potensi besar untuk memperluas kerjasama strategik Malaysia dan India dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu dan industri aeroangkasa,\u201d kata Anwar.<\/p>\n<p>Beliau turut mengalu-alukan minat syarikat-syarikat India untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia, khususnya dalam sektor masa hadapan serta menekankan komitmen memperkukuh hubungan antara rakyat melalui pelancongan, pendidikan dan kebudayaan.<\/p>\n<p>\u201cSalah satu inisiatif yang dibincangkan ialah cadangan penubuhan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia yang bakal memperkaya ekosistem pendidikan tinggi negara,\u201d tambah beliau.<\/p>\n<p>Kedua-dua pemimpin turut menyuarakan sokongan terhadap keamanan dan kestabilan serantau serta penyelesaian adil dan aman terhadap isu antarabangsa seperti Palestin dan Jammu-Kashmir.<\/p>\n<p>Selain itu, Anwar dalam pada itu menyatakan Malaysia menyambut baik usaha memperkukuh hubungan Asean\u2013India menjelang Sidang Kemuncak Asean\u2013India Oktober ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semasa Sidang Kemuncak BRICS ke-17 yang berlangsung di Brazil bagi mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara. Semasa pertemuan tersebut, Modi menzahirkan penghargaan kepada Malaysia sebagai rakan strategik penting dan mengganggap ia sebagai pertemuan yang bermakna. \u201cMalaysia adalah rakan penting bagi India dan mempunyai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1347,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,221,805,65,812,813,197],"authors":[],"class_list":["post-1346","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-asean","tag-brazil","tag-brics","tag-india","tag-narendra-modi","tag-perdana-menteri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1346","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1346"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1346\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1348,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1346\/revisions\/1348"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1347"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1346"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1346"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1346"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1346"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}