{"id":13462,"date":"2026-07-24T04:22:45","date_gmt":"2026-07-24T04:22:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13462"},"modified":"2026-07-24T04:22:45","modified_gmt":"2026-07-24T04:22:45","slug":"mb-negeri-sembilan-tiada-calon-lain-selain-tok-min","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mb-negeri-sembilan-tiada-calon-lain-selain-tok-min\/","title":{"rendered":"MB Negeri Sembilan: Tiada calon lain selain Tok Min"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) hanya mempunyai seorang calon bagi jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini iaitu Aminuddin Harun.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan tiada sebarang perbincangan atau calon lain selain penyandang Menteri Besar itu, sekali gus menolak dakwaan yang dibangkitkan pihak lawan sepanjang kempen pilihan raya.<\/p>\n<p>Anthony berkata spekulasi kononnya beliau akan dicalonkan sebagai Menteri Besar sekiranya Aminuddin tewas hanyalah tohmahan yang sengaja dimainkan bagi mengelirukan pengundi.<\/p>\n<p>&#8220;Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita.<\/p>\n<p>&#8220;Calon Menteri Besar untuk Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, iaitu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu yang beragama Islam.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke projek pemulihan dan naik taraf landasan kereta api antara Gemas, Negeri Sembilan hingga Stesen Kereta Api Mentakab, Pahang, hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas dakwaan yang dibangkitkan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang mempersoalkan siapakah calon Menteri Besar PH sekiranya Aminuddin gagal mempertahankan kerusinya pada PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Malah, Asyraf turut membangkitkan persoalan sama ada rakyat negeri itu bersedia menerima Anthony sebagai Menteri Besar.<\/p>\n<p>Anthony bagaimanapun menegaskan perkara itu tidak berbangkit kerana syarat pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan sudah diperuntukkan dengan jelas dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, selain PH kekal mempertaruhkan Aminuddin sebagai calon tunggal untuk menerajui pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan persaingan sengit melibatkan beberapa gabungan politik utama bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Aminuddin, yang mengetuai pentadbiran negeri sejak 2018, sekali lagi menjadi wajah utama PH dalam usaha mempertahankan kerajaan negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) hanya mempunyai seorang calon bagi jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini iaitu Aminuddin Harun. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan tiada sebarang perbincangan atau calon lain selain penyandang Menteri Besar itu, sekali gus menolak dakwaan yang dibangkitkan pihak lawan sepanjang kempen pilihan raya. Anthony berkata spekulasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2740,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3686,508,4520,4465],"authors":[],"class_list":["post-13462","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aminuddin-harun","tag-anthony-loke","tag-menteri-besar-negeri-sembilan","tag-prn-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13462","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13462"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13462\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13468,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13462\/revisions\/13468"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2740"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13462"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13462"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13462"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13462"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}