{"id":13476,"date":"2026-07-24T06:45:43","date_gmt":"2026-07-24T06:45:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13476"},"modified":"2026-07-24T06:45:43","modified_gmt":"2026-07-24T06:45:43","slug":"tarif-as-tidak-setinggi-negara-lain-rundingan-akan-tetap-diteruskan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tarif-as-tidak-setinggi-negara-lain-rundingan-akan-tetap-diteruskan-pmx\/","title":{"rendered":"Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan pengenaan tarif tambahan 10 peratus ke atas Malaysia, walaupun kadar itu dilihat lebih rendah berbanding dikenakan terhadap beberapa negara lain.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menerima keputusan itu buat masa ini, namun beberapa perkara yang masih belum memuaskan akan terus dibangkitkan dalam siri rundingan bersama Washington.<\/p>\n<p>\u201cTarif yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump setakat ini kita terima walaupun kita dah utuskan rundingan daripada Tengku Zafrul dan sekarang Johari Abdul Ghani meneruskan. Kalau ada beberapa aspek yang kita tidak puas hati, kita akan bangkitkan lagi.<\/p>\n<p>\u201cTapi sekurang-kurangnya sekarang ini kita rasa lega kerana tarifnya relatif rendah berbanding banyak negara lain,\u201d katanya selepas menghadiri Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada Jumaat.<\/p>\n<p>Anwar menjelaskan usaha rundingan Malaysia dengan AS sudah dimulakan lebih awal menerusi bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, sebelum diteruskan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan akan terus mempertahankan kepentingan negara sekiranya terdapat isu yang memerlukan penjelasan atau penambahbaikan dalam pelaksanaan tarif berkenaan.<\/p>\n<p>Terdahulu, AS mengumumkan tarif tambahan sebanyak 10 atau 12.5 peratus terhadap import dari kira-kira 60 rakan dagangnya termasuk Malaysia.<\/p>\n<p>Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) memaklumkan tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 selepas siasatan terhadap dasar dan amalan beberapa ekonomi berkaitan import barangan yang didakwa dihasilkan menggunakan buruh paksa.<\/p>\n<p>Menurut USTR, tarif tersebut meliputi hampir keseluruhan import AS daripada ekonomi yang disiasat, dengan kadar 10 atau 12.5 peratus bergantung kepada kategori produk serta pengecualian yang diberikan.<\/p>\n<p>Langkah terbaharu Washington itu dijangka memberi kesan kepada sebahagian pengeksport Malaysia yang bergantung kepada pasaran AS. <\/p>\n<p>Namun, kadar tarif lebih rendah berbanding beberapa negara lain dilihat memberi sedikit kelegaan kepada sektor perdagangan negara sementara rundingan diteruskan bagi mencari penyelesaian yang lebih menguntungkan kedua-dua pihak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan pengenaan tarif tambahan 10 peratus ke atas Malaysia, walaupun kadar itu dilihat lebih rendah berbanding dikenakan terhadap beberapa negara lain. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menerima keputusan itu buat masa ini, namun beberapa perkara yang masih belum memuaskan akan terus dibangkitkan dalam siri rundingan bersama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12396,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,530,2667,367,18,758,604],"authors":[],"class_list":["post-13476","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-as","tag-johari-ghani","tag-miti","tag-pmx","tag-rundingan","tag-tarif"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13476","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13476"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13476\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13481,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13476\/revisions\/13481"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12396"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13476"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13476"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13476"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13476"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}