{"id":13501,"date":"2026-07-24T16:50:00","date_gmt":"2026-07-24T16:50:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13501"},"modified":"2026-07-24T16:50:00","modified_gmt":"2026-07-24T16:50:00","slug":"hamzah-umum-jalal-bakal-menteri-besar-ns-zahid-kata-bn-ada-ramai-calon-bukan-seorang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hamzah-umum-jalal-bakal-menteri-besar-ns-zahid-kata-bn-ada-ramai-calon-bukan-seorang\/","title":{"rendered":"Hamzah umum Jalal bakal Menteri Besar NS, Zahid kata BN ada ramai calon bukan seorang"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) mempunyai ramai pemimpin yang layak diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos ini.<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak perlu tergesa-gesa menamakan calon Menteri Besar atau poster boy kerana BN memiliki beberapa pemimpin yang berkelayakan untuk memimpin negeri berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun tidak disebut siapa poster boy kita, siapa calon Menteri Besar kita, tidak perlu. Kita terlalu banyak calon Menteri Besar.<\/p>\n<p>\u201cTerlalu banyak, salah seorang yang ada di sini,\u201d katanya ketika berucap pada ceramah kempen di Chennah, Jelebu bagi merujuk kepada Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias.<\/p>\n<p>Zahid turut mengingatkan Jalaluddin serta kepimpinan UMNO negeri supaya terus merendah diri dan memperhebat usaha mendekati pengundi sepanjang tempoh berkempen.<\/p>\n<p>Bagaimanapun kenyataan itu dilihat berbeza dengan pengumuman lebih awal dibuat Presiden Wawasan, Hamzah Zainuddin yang mengatakan Jalaluddin adalah calon Menteri Besar sekiranya BN-PN berjaya memperoleh kemenangan pada PRN Negeri Sembilan kali ini.<\/p>\n<p>Hamzah berkata, keputusan itu bagaimanapun perlu dipersetujui bersama oleh kedua-dua gabungan sebelum diumumkan, dan PN akan menyokong calon yang diputuskan BN. <\/p>\n<p>Dalam pada itu, kehadiran Zahid di Chennah turut mencuri perhatian kerana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kini disandang Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang juga Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Loke, yang memenangi kerusi berkenaan selama tiga penggal berturut-turut, sekali lagi mempertahankan DUN Chennah pada PRN kali ini dan berdepan saingan calon MCA mewakili BN, John Siow Kong Choon.<\/p>\n<p>Pada PRN 2023, Loke mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,200 undi.<\/p>\n<p>Zahid menyifatkan kemenangan BN di Chennah mampu menjadi petunjuk penting kepada peluang gabungan itu merampas pentadbiran Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>\u201cBacaan saya, saya harap saya tidak salah. Kalau kita rampas Chennah, bererti kita merampas Negeri Sembilan di bawah BN.<\/p>\n<p>\u201cBegitu juga kalau kita rampas dan kekalkan Linggi di bawah BN, Negeri Sembilan di bawah BN,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) mempunyai ramai pemimpin yang layak diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos ini. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak perlu tergesa-gesa menamakan calon Menteri Besar atau poster boy kerana BN memiliki beberapa pemimpin yang berkelayakan untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13348,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,136,3623,2427,1154,103,146],"authors":[],"class_list":["post-13501","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-calon","tag-hamzah-zainudin","tag-mb","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13501","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13501"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13501\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13502,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13501\/revisions\/13502"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13348"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13501"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13501"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13501"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13501"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}