{"id":13529,"date":"2026-07-25T05:43:39","date_gmt":"2026-07-25T05:43:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13529"},"modified":"2026-07-25T05:43:39","modified_gmt":"2026-07-25T05:43:39","slug":"anwar-yakin-kabinet-setuju-dedah-laporan-rci-tabung-haji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-yakin-kabinet-setuju-dedah-laporan-rci-tabung-haji\/","title":{"rendered":"Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji"},"content":{"rendered":"<p>Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung HajiPerdana Menteri, Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum selepas cadangan itu dibawa untuk pertimbangan Kabinet pada Rabu ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai halangan untuk menyiarkan laporan berkenaan, namun keputusan perlu dibuat mengikut prosedur menerusi pertimbangan Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>&#8220;Orang cabar mengapa tidak zahirkan kepada awam (RCI TH), saya tiada keberatan, saya setuju tetapi ikut proses dan biar saya bawa kepada Jemaah Menteri hari Rabu ini serta saya percaya Jemaah Menteri akan setuju.<\/p>\n<p>&#8220;Dulu kita minta tangguh laporan itu kerana TH menyatakan perlu masa untuk perbaiki\u2026 ada pengurusan baharu untuk baiki dan sekarang kita bersedia untuk dedahkan kepada awam,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penangguhan pendedahan laporan RCI sebelum ini dibuat bagi mengelakkan keyakinan pendeposit terhadap TH terjejas ketika institusi itu sedang melalui proses pemulihan.<\/p>\n<p>Menurutnya, keadaan kini jauh berbeza apabila TH berjaya diperkukuh semula sehingga menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>&#8220;Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud minggu lalu hantar teks kepada saya kata Tabung Haji mendapat pingat pengurusan terbaik antara semua syarikat haji dunia,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata kejayaan itu membuktikan institusi negara mampu dipulihkan melalui tadbir urus yang baik dan pengurusan berintegriti, sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Anwar memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan TH dalam masa terdekat supaya rakyat dapat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi berkenaan.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan turut memaklumkan cadangan mendedahkan laporan akhir RCI itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri susulan timbul kekeliruan dan dakwaan berkaitan penjualan aset strategik TH oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.<\/p>\n<p>RCI berhubung TH ditubuhkan bagi meneliti isu pengurusan dan dakwaan melibatkan aset strategik institusi itu.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini menangguhkan pendedahan laporan berkenaan bagi memberi ruang kepada pengurusan baharu melaksanakan langkah pemulihan, sebelum mempertimbangkan untuk mengumumkan hasil siasatan kepada orang ramai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung HajiPerdana Menteri, Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum selepas cadangan itu dibawa untuk pertimbangan Kabinet pada Rabu ini. Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai halangan untuk menyiarkan laporan berkenaan, namun keputusan perlu dibuat mengikut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13531,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,235,4542,4541,1418],"authors":[],"class_list":["post-13529","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-kabinet","tag-laporan-rci","tag-rci-tabung-haji","tag-th"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13529","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13529"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13529\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13532,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13529\/revisions\/13532"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13531"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13529"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13529"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13529"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13529"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}