{"id":13537,"date":"2026-07-25T06:51:17","date_gmt":"2026-07-25T06:51:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13537"},"modified":"2026-07-25T06:51:17","modified_gmt":"2026-07-25T06:51:17","slug":"netizen-sekolahkan-asyraf-wajdi-dakwaan-loke-jadi-mb-ns-makan-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/netizen-sekolahkan-asyraf-wajdi-dakwaan-loke-jadi-mb-ns-makan-diri\/","title":{"rendered":"Netizen &#8216;sekolahkan&#8217; Asyraf Wajdi, dakwaan Loke jadi MB NS makan diri"},"content":{"rendered":"<p>Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bakal dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) terus menjadi perdebatan apabila menerima kritikan daripada pengguna media sosial.<\/p>\n<p>Antara yang tampil mengulas ialah aktivis politik, Liyana Marzuki menerusi akaun Facebook miliknya. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai cubaan menakut-nakutkan pengundi dengan memainkan sentimen kaum.<\/p>\n<p>\u201cAsyraf Wajdi takutkan pengundi, Cina boleh jadi MB N9. KJ cakap hanya UMNO boleh jaga Islam dan Melayu. Politik kita masih stuck di zaman kuno. Pemimpin muda pun guna umpan kaum dan agama untuk memandirkan rakyat. Sedarlah orang dah bosan,\u201d katanya di dalam status Facebooknya.<\/p>\n<p>Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen, dengan ramai pengguna Facebook mempertikaikan kenyataan Asyraf Wajdi yang sebelum ini mempertahankan ucapannya ketika berkempen di Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Seorang pengguna, Asrul Jazz, berpandangan isu yang dibangkitkan tidak seharusnya dijadikan bahan sindiran dan menggesa Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan kepada persaingan dasar serta kepimpinan.<\/p>\n<p>\u201cGanti dulu Jalal sebelum lawan head to head, lawan polisi bukan lawan sentimen. Baru bukti kredibiliti itu nampak,\u201d tulisnya.<\/p>\n<p>Seorang lagi pengguna, Saharuddin Abrahman, mendakwa kenyataan tersebut hanya menghangatkan sentimen perkauman demi kepentingan politik.<\/p>\n<p>\u201cAwak sebagai seorang cendekiawan sanggup demi kuasa membohongi orang Melayu dan membakar sentimen perkauman. Adakah ini yang dipelajari dalam pengajian Islam dahulu?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Turut meninggalkan komen ialah Rajasekaran Nagamuttu yang mempersoalkan idea dibawa Asyraf Wajdi.<\/p>\n<p>\u201cTak ada modal dan idea yang membina ke?\u201d tulisnya ringkas.<\/p>\n<p>Seorang lagi pengguna, Adam Qusyairi, pula mendakwa semakin ramai rakyat melihat UMNO lebih mementingkan kuasa berbanding kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>Perdebatan itu tercetus selepas Asyraf Wajdi dalam siri ceramah PRN Negeri Sembilan mendakwa Loke berpotensi menjadi Menteri Besar sekiranya PH membentuk kerajaan negeri. Dakwaan itu turut dijadikan antara isu kempen oleh beberapa pemimpin BN.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pimpinan PH sebelum ini menegaskan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan akan terus disandang wakil daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan Menteri Besar mestilah seorang Melayu dan beragama Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bakal dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) terus menjadi perdebatan apabila menerima kritikan daripada pengguna media sosial. Antara yang tampil mengulas ialah aktivis politik, Liyana Marzuki menerusi akaun Facebook miliknya. Beliau menyifatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13539,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,4154,63,4547,2427,1154,103,146],"authors":[],"class_list":["post-13537","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-asyraf-wajdi-dusuki","tag-dap","tag-liyana-marzuki","tag-mb","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13537","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13537"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13537\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13540,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13537\/revisions\/13540"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13539"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13537"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13537"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13537"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13537"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}