{"id":13571,"date":"2026-07-25T17:25:51","date_gmt":"2026-07-25T17:25:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13571"},"modified":"2026-07-25T17:25:51","modified_gmt":"2026-07-25T17:25:51","slug":"bn-pn-tak-tergesa-gesa-bentuk-gabungan-umno-berhati-hati-dengan-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-pn-tak-tergesa-gesa-bentuk-gabungan-umno-berhati-hati-dengan-pas\/","title":{"rendered":"BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu tergesa-gesa membentuk gabungan politik, sebaliknya perlu memberi ruang kepada persefahaman yang sedang dilaksanakan di Negeri Sembilan untuk dinilai terlebih dahulu.<\/p>\n<p>Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata, kerjasama yang dijalinkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini perlu dilihat dari sudut keberkesanan, penerimaan pengundi serta kesan terhadap keputusan pilihan raya sebelum sebarang langkah lebih besar dipertimbangkan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendekatan terbaik ialah bergerak secara berperingkat tanpa terburu-buru.<\/p>\n<p>\u201cOrang tua-tua kata, duduklah dulu elok-elok. Esok nak lunjurkan kaki, barulah berlunjur. Langkahlah setapak demi setapak, jangan terus nak berlari.<\/p>\n<p>\u201cJika persefahaman ini satu formula yang berjaya, kita berpegang kepada itulah. Mengapa kita nak ubah-ubah? Jika formula itu berjaya, maknanya penerimaannya bagus,\u201d katanya dipetik dalam Podcast Utama Buletin TV3 sempena PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Mohamad, yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengerusi BN Negeri Sembilan, mengulas sama ada persefahaman antara BN dan PN pada PRN kali ini akan dikembangkan menjadi gabungan rasmi menjelang pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sekiranya keputusan PRN tidak memihak kepada formula itu, kedua-dua pihak perlu meneliti puncanya terlebih dahulu dan bukannya terus membuat keputusan membentuk gabungan baharu.<\/p>\n<p>\u201cJika persefahaman di Negeri Sembilan ini tidak menunjukkan keputusan yang baik, kita kaji sebabnya dan tidak perlu tergesa-gesa untuk menubuhkan satu gabungan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohamad menjelaskan, persefahaman tersebut merupakan satu ujian bagi mengelakkan perpecahan undi Melayu yang menurutnya menjadi antara faktor kekalahan BN di tujuh kerusi pada PRN Negeri Sembilan sebelum ini, iaitu Sikamat, Ampangan, Paroi, Labu, Kuala Klawang, Pilah dan Gemas.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pertandingan tiga atau empat penjuru melibatkan parti-parti teras Melayu hanya merugikan semua pihak.<\/p>\n<p>\u201cKita kalah disebabkan orang Melayu berpecah, disebabkan banyak sangat parti teras Melayu yang bertanding sampai tiga atau empat penjuru.<\/p>\n<p>\u201cJadi apa salahnya kita buat persefahaman. Kau menang di situ, kau bertandinglah. Di tempat aku, aku menang, jadi aku bertanding,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas pengalaman lalu, Mohamad berkata beberapa usaha menyatukan parti-parti Melayu pernah dilakukan menerusi Muafakat Nasional (MN) serta kerjasama dalam PN, namun tidak dapat bertahan.<\/p>\n<p>Justeru, beliau berpandangan persefahaman lebih praktikal berbanding memaksa semua pihak berada dalam satu gabungan sehingga menjejaskan identiti parti masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cLebih baik buat persefahaman sahaja daripada bertembung yang menjadi sebab utama BN kalah dan politik Melayu gagal.<\/p>\n<p>\u201cJika kita tidak terikat, kita boleh laksanakan dasar kita dan begitu juga dengan rakan kita. Di situ nanti, kita gaul, gubal elok-elok supaya dapat diurus dengan baik, tanpa menjejaskan identiti parti masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan BN dan PN mengambil pendekatan mengelakkan pertembungan di beberapa kerusi sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan perpecahan undi, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu, sekali gus menjadikan keberkesanan formula itu antara tumpuan utama pemerhati politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu tergesa-gesa membentuk gabungan politik, sebaliknya perlu memberi ruang kepada persefahaman yang sedang dilaksanakan di Negeri Sembilan untuk dinilai terlebih dahulu. Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata, kerjasama yang dijalinkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini perlu dilihat dari sudut keberkesanan, penerimaan pengundi serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13465,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,283,1154,126,951,103,3786,146],"authors":[],"class_list":["post-13571","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-mohamad-hasan","tag-negeri-sembilan","tag-pas","tag-pn","tag-prn","tag-tok-mat","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13571","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13571"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13571\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13581,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13571\/revisions\/13581"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13465"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13571"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13571"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13571"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13571"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}