{"id":13572,"date":"2026-07-25T15:33:40","date_gmt":"2026-07-25T15:33:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13572"},"modified":"2026-07-25T15:33:40","modified_gmt":"2026-07-25T15:33:40","slug":"ph-yakin-kekal-kuasai-dun-pilah-namun-enggan-alpa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-yakin-kekal-kuasai-dun-pilah-namun-enggan-alpa\/","title":{"rendered":"PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan sentimen positif yang ditunjukkan pengundi terhadap calon parti itu.<\/p>\n<p>Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata hasil tinjauan dan maklum balas yang diperoleh di lapangan menunjukkan pengundi menghargai rekod perkhidmatan penyandang kerusi itu, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim serta usaha berterusan jentera parti di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>\u201cSebelum sampai di Kuala Pilah pun kita sudah buat analisis dan pertemuan di lapangan. Sentimen atau penerimaan pengundi di sini terhadap calon kita adalah tinggi.<\/p>\n<p>\u201cNamun kita tidak boleh terlalu yakin atau selesa. Kerja-kerja kempen dan khidmat kepada rakyat mesti diteruskan secara berterusan. Insya-ALLAH DUN Pilah ini akan dapat kita pertahankan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun berkempen membantu Noorzunita di sekitar Pekan Kuala Pilah, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, prestasi ekonomi Negeri Sembilan yang mencatat pelaburan RM19 bilion serta rizab kerajaan negeri melebihi RM1 bilion membuktikan pentadbiran negeri berada di landasan kukuh dan wajar diteruskan.<\/p>\n<p>Menurutnya, antara keutamaan pembangunan di Kuala Pilah ialah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada golongan Gen Z supaya mereka dapat membina kerjaya tanpa perlu berhijrah ke kawasan lain.<\/p>\n<p>\u201cKuala Pilah mempunyai potensi besar. Walaupun limpahan ekonomi sesetengah kawasan berlaku secara tidak langsung, kita sentiasa merangka strategi untuk menarik pelaburan baharu dan meluaskan pembangunan ekonomi secara lebih saksama ke seluruh Negeri Sembilan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Tengku Zafrul bersama Noorzunita mengadakan tinjauan mesra dengan bertemu penduduk setempat bagi mendengar pandangan, cadangan serta isu pembangunan yang menjadi keutamaan mereka.<\/p>\n<p>Sementara itu, Noorzunita berkata kempen yang memasuki hari kelapan menyaksikan jenteranya sudah menyantuni sebahagian besar kawasan penempatan dan akan memberi tumpuan kepada kampung tradisi sepanjang minggu depan.<\/p>\n<p>\u201cHampir keseluruhan kawasan telah kita masuk. Minggu depan fokus utama kita ialah turun ke kawasan kampung-kampung bagi memastikan setiap lapisan masyarakat disantuni dan mendengar visi pembangunan yang akan kita bawakan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berharap pengundi terus memberi sokongan kepada PH sambil berjanji memperjuangkan isu kebajikan rakyat, terutama melibatkan peluang pekerjaan untuk belia, pendidikan dan kebajikan warga emas.<\/p>\n<p>Pada PRN Negeri Sembilan kali ini, Noorzunita yang mewakili PKR berdepan calon Barisan Nasional (BN), S. Leza Md. Yasin bagi merebut kerusi DUN Pilah.<\/p>\n<p>Pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 28 Julai, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan sentimen positif yang ditunjukkan pengundi terhadap calon parti itu. Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata hasil tinjauan dan maklum balas yang diperoleh di lapangan menunjukkan pengundi menghargai rekod perkhidmatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13573,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4524,185,347,4465,2552],"authors":[],"class_list":["post-13572","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dun-pilah","tag-kempen","tag-ph","tag-prn-negeri-sembilan","tag-tengku-zafrul-tengku-abdul-aziz"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13572","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13572"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13572\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13574,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13572\/revisions\/13574"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13573"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13572"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13572"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13572"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13572"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}