{"id":13576,"date":"2026-07-25T15:49:53","date_gmt":"2026-07-25T15:49:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13576"},"modified":"2026-07-25T15:51:28","modified_gmt":"2026-07-25T15:51:28","slug":"13576-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/13576-2\/","title":{"rendered":"Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mendakwa bibit ketegangan dalam kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sudah mula kelihatan walaupun persefahaman itu masih di peringkat awal.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perkembangan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kerjasama berkenaan didakwanya dibentuk atas kepentingan politik untuk merebut kuasa, bukannya berasaskan matlamat bersama.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah jangka, belum apa-apa lagi. Hari itu dikatakan ini satu gabungan tapi ini bukan gabungan sebenarnya. Satu pihak keluarkan kenyataan, disanggah pula oleh pihak lain dalam susunan yang baharu.<\/p>\n<p>\u201cSaya buat ramalan, ini adalah untuk kepentingan masing-masing. Kepentingan itu tidak semestinya untuk tujuan yang sama. Pokoknya, mereka bekerjasama untuk kuasa. Ada nampak PAS bercakap mengenai soal ekonomi atau sosial? Yang ada, keluar hukum-hakam entah dari mana,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Manifesto BERSATU Demi Nismilan di Seremban, hari ini.<\/p>\n<p>Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan tindakan Hamzah yang juga Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN) mengemukakan cadangan penjenamaan kerjasama BN-PN sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN).<\/p>\n<p>Menurutnya, Hamzah bukan Pengerusi PN dan kenyataan seperti itu tidak sewajarnya dibuat tanpa persetujuan bersama kedua-dua gabungan.<\/p>\n<p>\u201cSiapa Hamzah Zainudin yang nak mengatakan \u2018Perikatan Barisan Nasional\u2019&#8230;itu pun dia dah kena \u2018sembelih\u2019, BN tak setuju. Saya tahu kerana saya pernah berada di situ, macam mana nak menguruskan soal PN.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama BN-PN dilihat bertujuan mengisi kepentingan masing-masing yang ingin berebut kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Hamzah mencadangkan penggunaan nama Perikatan Barisan Nasional (PBN) sebagai identiti kerjasama antara PN dan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Cadangan itu bagaimanapun tidak dipersetujui kepimpinan BN termasuk Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>Sebelum ini, BN menjalin persefahaman dengan PN pada PRN di Negeri Sembilan bagi memastikan tiada pertembungan kerusi sesama sendiri meski masih menjalin kerjasama politik dengan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan menyaksikan persaingan sengit antara gabungan parti utama negara dengan pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 28 Julai, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mendakwa bibit ketegangan dalam kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sudah mula kelihatan walaupun persefahaman itu masih di peringkat awal. Beliau berkata, perkembangan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kerjasama berkenaan didakwanya dibentuk atas kepentingan politik untuk merebut kuasa, bukannya berasaskan matlamat bersama. \u201cSaya sudah jangka, belum apa-apa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13577,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,4514,1590,347,4465],"authors":[],"class_list":["post-13576","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-bn-pn","tag-muhyiddin-yassin","tag-ph","tag-prn-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13576","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13576"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13576\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13580,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13576\/revisions\/13580"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13577"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13576"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13576"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13576"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13576"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}