{"id":13587,"date":"2026-07-25T17:43:11","date_gmt":"2026-07-25T17:43:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13587"},"modified":"2026-07-25T17:43:11","modified_gmt":"2026-07-25T17:43:11","slug":"selepas-bn-enggan-kongsi-manifesto-pn-tampil-dengan-tawaran-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/selepas-bn-enggan-kongsi-manifesto-pn-tampil-dengan-tawaran-sendiri\/","title":{"rendered":"Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri"},"content":{"rendered":"<p>Selepas dimalukan apabila Barisan Nasional (BN) memilih untuk melancarkan manifestonya tanpa berkongsi bersama rakan kerjasama, Perikatan Nasional (PN) kini tampil dengan manifesto sendiri yang mengandungi 14 tawaran tambahan sebagai sandaran menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Manifesto bertemakan \u2018PN Sepakat Hebatkan Negeri Sembilan\u2019 itu dilancarkan Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kompleks PAS (KOMPAS), Kampung Ismail, Ampangan pada Sabtu malam.<\/p>\n<p>Menurut Ahmad Samsuri, tawaran berkenaan dirangka menerusi enam teras utama meliputi pentadbiran, belia, ekonomi, kebajikan, pendidikan dan pekerjaan.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan 14 tawaran tambahan itu berfungsi sebagai pelengkap kepada manifesto BN yang diumumkan sebelum ini.<\/p>\n<p> &#8220;Kita akan memberi tumpuan kepada pembangunan dashboard negeri, penambahbaikan sistem pengurusan dan pentadbiran masjid yang lebih mesra kariah.<\/p>\n<p>&#8220;Turut menjadi fokus ialah penyediaan rumah transit belia untuk graduan dan pasangan baharu berkahwin selain pelaksanaan Program Pemerkasaan Keluarga Mawaddah,&#8221; katanya ketika berucap.<\/p>\n<p>Ahmad Samsuri berkata, PN turut merancang meneroka Pelan Ekonomi Biru Negeri Sembilan termasuk menaik taraf infrastruktur bagi menyokong industri minyak dan gas serta memperkenalkan pakej pelaburan baharu dalam sektor mineral kritikal, semikonduktor, aeroangkasa, kenderaan elektrik (EV), logistik dan ekonomi digital.<\/p>\n<p>Katanya, gabungan itu juga menawarkan bantuan prihatin kepada keluarga B40 dan M40 bagi mengurangkan kos sara hidup, selain menyediakan dana sokongan khas untuk kebajikan serta hal ehwal masyarakat bukan Islam.<\/p>\n<p>Dalam aspek pendidikan, PN bercadang menaik taraf Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) menjadi institusi berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan gunaan, penyelidikan industri serta inovasi.<\/p>\n<p>Beliau turut mengumumkan rancangan memperkasa sekretariat TVET negeri bersama Program Tahfiz TVET, di samping menyediakan bantuan pensijilan profesional kepada graduan negeri.<\/p>\n<p>Selain itu, PN berhasrat menubuhkan Negeri Sembilan Talent Corporation (NTC) sebagai pusat pembangunan bakat dalam bidang teknologi hijau, semikonduktor, keselamatan siber, ekonomi digital dan automasi, selain mewujudkan Pusat Padanan Pekerjaan Negeri Sembilan bagi memenuhi keperluan sektor pelancongan serta industri baharu.<\/p>\n<p>Menurut Ahmad Samsuri, kerajaan negeri perlu kembali kepada fungsi asas dengan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat, memperkukuh ekonomi negeri, merangsang pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik, memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam serta mentadbir negeri secara amanah, telus dan berintegriti,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah setiap tawaran dalam manifesto itu dirangka dengan mengambil kira kemampuan kewangan sebenar Negeri Sembilan melalui kerjasama strategik bersama sektor swasta, pengoptimuman sumber sedia ada dan pengurusan fiskal yang mampan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas dimalukan apabila Barisan Nasional (BN) memilih untuk melancarkan manifestonya tanpa berkongsi bersama rakan kerjasama, Perikatan Nasional (PN) kini tampil dengan manifesto sendiri yang mengandungi 14 tawaran tambahan sebagai sandaran menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Manifesto bertemakan \u2018PN Sepakat Hebatkan Negeri Sembilan\u2019 itu dilancarkan Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kompleks PAS (KOMPAS), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5880,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2857,378,2512,1154,951,103,127,146],"authors":[],"class_list":["post-13587","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-samsuri-mokhtar","tag-bn","tag-manifesto","tag-negeri-sembilan","tag-pn","tag-prn","tag-tawaran","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13587","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13587"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13587\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13588,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13587\/revisions\/13588"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5880"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13587"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13587"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13587"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13587"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}