{"id":13594,"date":"2026-07-26T04:34:13","date_gmt":"2026-07-26T04:34:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13594"},"modified":"2026-07-26T04:34:13","modified_gmt":"2026-07-26T04:34:13","slug":"bn-tidak-kompromi-isu-perkauman-walau-ada-kerjasama-politik-zambry","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-tidak-kompromi-isu-perkauman-walau-ada-kerjasama-politik-zambry\/","title":{"rendered":"BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) menegaskan persefahaman politik yang terjalin menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak mengubah pendirian parti itu yang kekal menolak politik berasaskan kaum serta sebarang naratif yang boleh memecahbelahkan rakyat.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir berkata, kerjasama politik yang diwujudkan sepanjang kempen pilihan raya tidak bermaksud gabungan itu akan menggadaikan prinsip perjuangannya atau menerima pendekatan mana-mana pihak.<\/p>\n<p>\u201cBarisan Nasional ingin menegaskan persefahaman dan kerjasama politik yang diwujudkan dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan tidak sekali-kali bermaksud BN akan menggadaikan prinsip perjuangannya atau menerima naratif politik mana-mana pihak. BN kekal berdiri atas prinsip sendiri,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan BN tidak akan berkompromi dengan kenyataan yang menghidupkan sentimen perkauman atau mempertikaikan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cBN menolak dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kenyataan yang menghidupkan sentimen perkauman, mempersoalkan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada warga Malaysia atau menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. <\/p>\n<p>\u201cSelepas hampir tujuh dekad merdeka, politik yang memecah-belahkan rakyat mengikut asal usul kaum tidak mempunyai tempat dalam membina sebuah negara bangsa yang bersatu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Zambry, BN sebagai gabungan politik pelbagai kaum telah membuktikan selama lebih enam dekad negara mampu dibangunkan menerusi perkongsian kuasa, sikap saling menghormati dan pendekatan sederhana.<\/p>\n<p>\u201cRekod inilah yang menjadi kekuatan BN dalam memelihara kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Kenyataan Zambry dilihat merujuk kepada ucapan kempen Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di Jempol baru-baru ini yang menyentuh isu orang Melayu dan tanah air ketika berkempen bagi PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Ucapan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk daripada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi yang menasihati Sanusi supaya lebih berhati-hati ketika berucap, terutama dalam suasana masyarakat majmuk di Negeri Sembilan. <\/p>\n<p>Zahid turut mengingatkan pemimpin PAS itu supaya mengelakkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi sekiranya mahu membina persefahaman politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) menegaskan persefahaman politik yang terjalin menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak mengubah pendirian parti itu yang kekal menolak politik berasaskan kaum serta sebarang naratif yang boleh memecahbelahkan rakyat. Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir berkata, kerjasama politik yang diwujudkan sepanjang kempen pilihan raya tidak bermaksud gabungan itu akan menggadaikan prinsip [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4948,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,4543,1154,1410,103,677],"authors":[],"class_list":["post-13594","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-muhammad-sanusi-md-nor","tag-negeri-sembilan","tag-perkauman","tag-prn","tag-zambry-abd-kadir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13594","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13594"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13594\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13595,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13594\/revisions\/13595"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4948"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13594"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13594"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13594"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13594"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}