{"id":13604,"date":"2026-07-26T06:03:14","date_gmt":"2026-07-26T06:03:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13604"},"modified":"2026-07-26T06:47:43","modified_gmt":"2026-07-26T06:47:43","slug":"calon-ph-dun-ampangan-tumpu-penyelenggaraan-infrastruktur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/calon-ph-dun-ampangan-tumpu-penyelenggaraan-infrastruktur\/","title":{"rendered":"Calon PH DUN Ampangan tumpu penyelenggaraan infrastruktur"},"content":{"rendered":"<p>Penyelenggaraan infrastruktur menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Muhammad Nazri Kassim jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kedudukan Ampangan sebagai kawasan bandar yang telah matang menyebabkan ruang untuk pembangunan baharu agak terhad, justeru usaha menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sedia ada perlu diberi perhatian.<\/p>\n<p>&#8220;Saya mahu beri keutamaan kepada kerja-kerja penyelenggaraan bagi semua infrastruktur sedia ada. Ini termasuk jalan Persekutuan, jalan negeri dan lain-lain jalan dengan kerjasama pihak berkaitan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT),&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program tinjauan mesra di Kampung Jiboi Baru.<\/p>\n<p>Muhammad Nazri berkata, beberapa kawasan di Ampangan yang merentasi sungai memerlukan penyelenggaraan parit dan longkang secara berkala bagi mengelakkan masalah banjir serta memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik.<\/p>\n<p>Beliau turut berhasrat menjadikan kawasan berhampiran sungai sebagai lokasi rekreasi sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Sungai juga boleh dibersihkan dan disediakan kemudahan untuk orang awam,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, sepanjang tempoh berkempen hampir seminggu, antara aduan utama yang diterima daripada penduduk ialah masalah pengurusan sampah di beberapa lokasi serta kejadian banjir yang kerap berlaku di Kampung Ismail.<\/p>\n<p>Katanya, hasil pemerhatian mendapati longkang sedia ada dan bentuk sungai di kawasan itu mempunyai aras ketinggian yang tidak sekata sehingga menyebabkan air bertakung setiap kali hujan lebat.<\/p>\n<p>&#8220;Ia menyebabkan air bertakung dan boleh mengundang pembiakan aedes, sekali gus menjejaskan kesihatan penduduk setempat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mengulas persaingan di DUN Ampangan, Muhammad Nazri berkata beliau menghormati semua pencabar dan yakin kempen secara sihat mampu memberi ruang kepada pengundi membuat pilihan terbaik.<\/p>\n<p>&#8220;Saya berdepan pertandingan tiga penjuru, termasuk menentang bekas ADUN serta EXCO yang dikenali ramai. Faktor itu harus kita akui dan kita bertanding secara sihat.<\/p>\n<p>&#8220;Sebagai calon PH, saya menawarkan kesungguhan dan komitmen tinggi untuk terus memberi khidmat kepada warga Ampangan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kerusi DUN Ampangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRN Negeri Sembilan kali ini membabitkan Muhammad Nazri yang mewakili PH; bekas ADUN Ampangan, Dr Rafie Abd Malek daripada Perikatan Nasional (PN), serta Noor&#8217;azah Harun daripada Bersatu.<\/p>\n<p>Ampangan merupakan antara kerusi yang menjadi tumpuan kerana kedudukannya di kawasan bandar Seremban dengan pelbagai isu setempat termasuk penyelenggaraan infrastruktur, banjir dan kebersihan, sering menjadi perhatian penduduk.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penyelenggaraan infrastruktur menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Muhammad Nazri Kassim jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini. Beliau berkata, kedudukan Ampangan sebagai kawasan bandar yang telah matang menyebabkan ruang untuk pembangunan baharu agak terhad, justeru usaha menaik taraf dan menyelenggara kemudahan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13605,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4483,4555,4556,4495,4465],"authors":[],"class_list":["post-13604","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-calon-ph","tag-dun-ampangan","tag-infrastruktur","tag-muhammad-nazri-kassim","tag-prn-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13604","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13604"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13604\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13606,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13604\/revisions\/13606"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13605"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13604"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13604"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13604"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13604"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}