{"id":13619,"date":"2026-07-26T10:40:35","date_gmt":"2026-07-26T10:40:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13619"},"modified":"2026-07-26T10:40:35","modified_gmt":"2026-07-26T10:40:35","slug":"kerjasama-bn-ph-bukan-kontrak-sampai-mati","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerjasama-bn-ph-bukan-kontrak-sampai-mati\/","title":{"rendered":"Kerjasama BN-PH bukan kontrak sampai mati"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin menegaskan kerjasama Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan bukan satu perjanjian yang mengikat parti-parti politik untuk selama-lamanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, persefahaman yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya bertujuan membentuk Kerajaan Persekutuan ketika negara berdepan kebuntuan politik dan tidak menghalang mana-mana parti membuat keputusan sendiri dalam pilihan raya.<\/p>\n<p>&#8220;Ia hanyalah satu tandatangan yang dipersetujui untuk mewujudkan kerajaan di peringkat pusat. Itu bukan satu tandatangan atau kontrak sampai mati.<\/p>\n<p>&#8220;Ia hanyalah satu tandatangan yang bersetuju untuk mewujudkan kerajaan di peringkat pusat dan sepatutnya tidak mengikat.<\/p>\n<p>&#8220;Sepatutnya semua maklum dan faham keadaan memaksa kita untuk bersama dan kita bersetuju untuk bersama menyelamatkan negara supaya mempunyai kerajaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesejahteraan Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Padang Institut Kejuruteraan Tentera Darat, Kem Sirusa, hari ini.<\/p>\n<p>Mohamed Khaled mengulas kritikan yang dilemparkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan termasuk dakwaan kononnya BN tidak mengenang budi kerana bertanding menentang Pakatan Harapan (PH), walaupun kedua-dua gabungan itu membentuk Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Menurutnya, penyertaan BN dalam mana-mana pilihan raya, termasuk berdepan PH, bertujuan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan parti yang layak mentadbir.<\/p>\n<p>&#8220;Maka atas sebab itulah pelbagai parti menawarkan diri untuk balik kepada rakyat dan biarlah rakyat buat keputusan dalam soal ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN dan PH tidak meneruskan kerjasama pilihan raya seperti di peringkat Persekutuan, sebaliknya kedua-dua gabungan bertanding secara berasingan di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Keputusan itu menjadikan pertandingan lebih terbuka dengan setiap parti berusaha mendapatkan mandat rakyat untuk membentuk kerajaan negeri selepas hari pengundian pada 1 Ogos.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin menegaskan kerjasama Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan bukan satu perjanjian yang mengikat parti-parti politik untuk selama-lamanya. Beliau berkata, persefahaman yang dimeterai selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya bertujuan membentuk Kerajaan Persekutuan ketika negara berdepan kebuntuan politik dan tidak menghalang mana-mana parti membuat keputusan sendiri dalam pilihan raya. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13620,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4468,1136,4124,401,4561],"authors":[],"class_list":["post-13619","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn-ph","tag-kerajaan-perpaduan","tag-kerjasama-politik","tag-khaled-nordin","tag-pru15"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13619","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13619"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13619\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13621,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13619\/revisions\/13621"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13620"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13619"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13619"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13619"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13619"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}