{"id":13667,"date":"2026-07-27T08:47:05","date_gmt":"2026-07-27T08:47:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13667"},"modified":"2026-07-27T08:47:05","modified_gmt":"2026-07-27T08:47:05","slug":"pmx-dedah-50-ekar-bandar-diisytihar-tanah-rizab-melayu-nafi-abai-bumiputera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-dedah-50-ekar-bandar-diisytihar-tanah-rizab-melayu-nafi-abai-bumiputera\/","title":{"rendered":"PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya kerajaan pimpinannya mengabaikan kepentingan Bumiputera, khususnya orang Melayu, sambil menegaskan pelbagai langkah telah dilaksanakan termasuk mewujudkan tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Menurut beliau, langkah itu dibuat selepas kerajaan mendapati keluasan tanah rizab Melayu di ibu negara semakin berkurangan sejak negara mencapai kemerdekaan.<\/p>\n<p>\u201cSejak merdeka pada 1957, tidak ada tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur. Yang ada semuanya dijual. Apabila saya ambil alih kepimpinan negara pada 2022, pada 2023 kita ambil semula tanah Bandar Malaysia seluas 480 ekar yang sebelum ini dimiliki syarikat berkaitan negara China dan syarikat swasta kerana melanggar peraturan.<\/p>\n<p>\u201cTanah itu kemudian diserahkan untuk diuruskan Petronas dan Khazanah Nasional, dan daripada kawasan tersebut, 50 ekar diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu. Itulah antara tanah paling bernilai di Kuala Lumpur,\u201d katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas hari ini.<\/p>\n<p>Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera, Malek Razak Sulaiman serta Panglima Tentera Darat, Azhan Md Othman.<\/p>\n<p>Anwar turut menjelaskan cadangan mengisytiharkan kawasan itu sebagai tanah rizab Melayu tidak menerima bantahan daripada mana-mana anggota Jemaah Menteri, termasuk DAP.<\/p>\n<p>Menurutnya, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook hanya meminta penjelasan mengenai rasional keputusan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya jelaskan tanah Melayu di Kuala Lumpur semakin berkurangan dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ada usaha memeliharanya. Loke kata okey.<\/p>\n<p>\u201cDalam mesyuarat Jemaah Menteri, tidak ada seorang pun yang membantah. Maka buat kali pertama sejak Merdeka pada 1957, Kerajaan Madani mengisytiharkan tanah paling berharga di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan kritikan beberapa pihak yang mendakwa Kerajaan Madani gagal mempertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera.<\/p>\n<p>Bandar Malaysia merupakan projek pembangunan strategik di ibu negara yang sebelum ini dikaitkan dengan beberapa cadangan pelaburan berskala besar. <\/p>\n<p>Pengambilalihan semula kawasan berkenaan oleh kerajaan pada 2023 membuka ruang kepada penyusunan semula pembangunan, termasuk pewujudan tanah rizab Melayu yang disifatkan Anwar sebagai langkah bersejarah selepas hampir tujuh dekad negara mencapai kemerdekaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya kerajaan pimpinannya mengabaikan kepentingan Bumiputera, khususnya orang Melayu, sambil menegaskan pelbagai langkah telah dilaksanakan termasuk mewujudkan tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur. Menurut beliau, langkah itu dibuat selepas kerajaan mendapati keluasan tanah rizab Melayu di ibu negara semakin berkurangan sejak negara mencapai kemerdekaan. \u201cSejak merdeka pada 1957, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12605,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,3021,232,10,727,18,2276,1699],"authors":[],"class_list":["post-13667","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-bumiputera","tag-kuala-lumpur","tag-melayu","tag-pakatan-harapan","tag-pmx","tag-rizab","tag-tanah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13667","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13667"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13667\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13668,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13667\/revisions\/13668"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12605"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13667"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13667"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13667"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13667"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}