{"id":13703,"date":"2026-07-28T03:30:54","date_gmt":"2026-07-28T03:30:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13703"},"modified":"2026-07-28T03:30:54","modified_gmt":"2026-07-28T03:30:54","slug":"didakwa-sering-hilang-di-kawasan-calon-bn-jeram-padang-enggan-berdebat-dengan-manivannan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/didakwa-sering-hilang-di-kawasan-calon-bn-jeram-padang-enggan-berdebat-dengan-manivannan\/","title":{"rendered":"Didakwa sering hilang di kawasan, calon BN Jeram Padang enggan berdebat dengan Manivannan"},"content":{"rendered":"<p>Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Mohd Zaidy Abdul Kadir menolak cabaran berdebat yang dikemukakan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), G. Manivannan, kerana enggan terlibat dalam perdebatan yang disifatkannya hanya bertujuan mencari kesalahan pihak lawan.<\/p>\n<p>Penyandang kerusi Jeram Padang itu berkata, keutamaan seorang pemimpin ialah mengemukakan penyelesaian kepada masalah rakyat dan menawarkan perancangan masa depan, bukannya menjadikan pentas debat sebagai medan saling menyerang.<\/p>\n<p>\u201cApa asasnya saya perlu berdebat dengan dia. Kalau datang hanya untuk mencari kesalahan orang lain, menghina dan mengutuk, itu bukan seorang pemimpin.<\/p>\n<p>\u201cSeorang pemimpin perlu bercakap tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat, apakah agenda yang mahu dibawa dan apakah masa depan yang dijanjikan jika diberikan mandat.<\/p>\n<p>\u201cKalau dia desak, itu hak dia. Tetapi bagi saya, tidak ada keperluan pun. Dia desak, suruh saya masuk perangkap,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Manivannan mencabar Mohd Zaidy berdebat secara terbuka di hadapan penduduk Jeram Padang bagi membolehkan pengundi menilai rekod perkhidmatan serta tawaran kedua-dua calon menjelang hari pengundian.<\/p>\n<p>Dalam cabaran itu, calon PH berkenaan turut mendakwa Mohd Zaidy tidak aktif di kawasan Jeram Padang sepanjang tiga tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), selain mendakwa beberapa pencapaian kerajaan Persekutuan dijadikan seolah-olah kejayaan peribadinya.<\/p>\n<p>Mengulas dakwaan tersebut, Mohd Zaidy menafikan mengabaikan kawasan sepanjang menjadi wakil rakyat dan menyerahkan penilaian kepada pengundi.<\/p>\n<p>\u201cYang saya faham, dia dulu ditolak rakyat Kapar. Hari ini datang ke Jeram Padang nak buat cerita lain pula. Saya serah kepada rakyat. Rakyat yang menilai pada hari mengundi nanti, 1 Ogos ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerusi DUN Jeram Padang pada Pilihan Raya Negeri kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Mohd Zaidy mewakili BN, Manivannan (PH), R. Sri Sanjeevan daripada Bersatu serta Dayana Dal yang mewakili Parti Orang Asli Malaysia (POAM).<\/p>\n<p>Pada Pilihan Raya Negeri lalu, Mohd Zaidy berjaya mempertahankan kerusi Jeram Padang dengan majoriti 693 undi, sekali gus menjadikan persaingan kali ini antara kerusi yang dijangka menarik perhatian apabila kedua-dua blok utama politik negara berusaha meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Mohd Zaidy Abdul Kadir menolak cabaran berdebat yang dikemukakan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), G. Manivannan, kerana enggan terlibat dalam perdebatan yang disifatkannya hanya bertujuan mencari kesalahan pihak lawan. Penyandang kerusi Jeram Padang itu berkata, keutamaan seorang pemimpin ialah mengemukakan penyelesaian kepada masalah rakyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[109,409,4575,4455,4574,1154,727,103],"authors":[],"class_list":["post-13703","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-debat","tag-dun","tag-g-manivannan","tag-jeram-padang","tag-mohd-zaidy-abdul-kadir","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13703","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13703"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13703\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13704,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13703\/revisions\/13704"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13703"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13703"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13703"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13703"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}