{"id":13705,"date":"2026-07-28T03:34:10","date_gmt":"2026-07-28T03:34:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13705"},"modified":"2026-07-28T03:34:10","modified_gmt":"2026-07-28T03:34:10","slug":"aminuddin-beri-jaminan-tiada-tanah-rakyat-terlibat-dalam-projek-pelabuhan-ai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/aminuddin-beri-jaminan-tiada-tanah-rakyat-terlibat-dalam-projek-pelabuhan-ai\/","title":{"rendered":"Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Sembilan menafikan dakwaan projek pelabuhan pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Port Dickson akan membabitkan pengambilan tanah penduduk, termasuk kawasan kampung, hutan simpan dan tanah adat.<\/p>\n<p>Menteri Besar sementara, Aminuddin Harun berkata, pembangunan pelabuhan itu akan dilaksanakan sepenuhnya di atas tanah milik Tanco Holdings Berhad dan anak syarikatnya, Midports Holdings Sdn. Bhd., tanpa melibatkan pengambilan tanah milik orang ramai.<\/p>\n<p>Menurutnya, dakwaan kononnya projek berkenaan memerlukan kira-kira 566 hektar atau 1,400 ekar tanah sehingga menjejaskan kampung, kawasan pertanian, perindustrian dan lot kediaman adalah tidak tepat.<\/p>\n<p>\u201cTiada satu kampung pun yang akan kita korbankan untuk menjalankan projek ini. Tidak ada pengambilan tanah dan tidak ada hutan simpan yang akan terkesan di Port Dickson.<\/p>\n<p>\u201cPembangunan hanya dibuat di atas tanah milik Tanco Holdings Berhad seluas kira-kira 202 hektar atau 500 ekar yang akan dijadikan tapak pelabuhan,\u201d katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook.<\/p>\n<p>Aminuddin turut menjelaskan, dakwaan projek itu melibatkan tanah adat juga tidak berasas kerana kawasan tanah adat hanya terdapat di Kuala Pilah, Jelebu, Rembau dan Tampin.<\/p>\n<p>Beliau berkata, projek bernilai RM3.4 bilion bagi fasa pertama itu dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan ekonomi Port Dickson serta membuka peluang untuk kawasan berkenaan berkembang sebagai pusat perniagaan bebas cukai.<\/p>\n<p>Katanya, pembangunan itu juga bakal memberi limpahan manfaat kepada penduduk, khususnya di kawasan Linggi dan Pasir Panjang.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan pastikan tanah orang Melayu terus terpelihara dan dijaga dengan baik. Kita tidak mahu masyarakat dikelirukan atau ditakut-takutkan dengan perkara yang tidak benar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas kebimbangan nelayan yang bergantung kepada Sungai Linggi, Aminuddin memberi jaminan projek berkenaan tidak melibatkan Kampung Tanjung Agas, Kampung Sungai Raya mahupun Sungai Linggi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan kebajikan komuniti nelayan terus diberikan perhatian sepanjang pelaksanaan projek itu.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menjelaskan kekeliruan yang timbul berkemungkinan berpunca daripada sebuah lagi projek pelabuhan iaitu Kuala Linggi International Port (KLIP) yang terletak di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.<\/p>\n<p>\u201cKLIP berada di bawah pentadbiran Melaka dan bukan sebahagian daripada projek Pelabuhan Midport di Port Dickson,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada 14 Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika melancarkan projek Pelabuhan Midport berkata pembangunan pelabuhan berteknologi AI itu akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab digital dan maritim serantau.<\/p>\n<p>Menurut beliau, projek tersebut bukan sekadar pembangunan infrastruktur baharu, malah memenuhi keperluan strategik negara sebagai sebuah negara maritim yang berada di laluan perdagangan paling sibuk di dunia di Selat Melaka, sekali gus meningkatkan keupayaan Malaysia memenuhi permintaan perdagangan global yang terus berkembang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Sembilan menafikan dakwaan projek pelabuhan pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Port Dickson akan membabitkan pengambilan tanah penduduk, termasuk kawasan kampung, hutan simpan dan tanah adat. Menteri Besar sementara, Aminuddin Harun berkata, pembangunan pelabuhan itu akan dilaksanakan sepenuhnya di atas tanah milik Tanco Holdings Berhad dan anak syarikatnya, Midports Holdings Sdn. Bhd., tanpa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13404,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,408,1154,4576,103,685,506,1699],"authors":[],"class_list":["post-13705","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-pelabuhan-ai","tag-prn","tag-projek","tag-rakyat","tag-tanah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13705","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13705"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13705\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13706,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13705\/revisions\/13706"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13404"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13705"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13705"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13705"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13705"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}