{"id":13707,"date":"2026-07-28T03:37:50","date_gmt":"2026-07-28T03:37:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13707"},"modified":"2026-07-28T03:37:50","modified_gmt":"2026-07-28T03:37:50","slug":"anwar-tegas-martabatkan-bahasa-melayu-perluas-penguasaan-bahasa-asing","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-tegas-martabatkan-bahasa-melayu-perluas-penguasaan-bahasa-asing\/","title":{"rendered":"Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing"},"content":{"rendered":"<p>Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu perlu terus diperkasakan dalam sistem pendidikan negara, namun pada masa sama murid juga wajar diberi peluang menguasai bahasa asing yang mempunyai nilai ekonomi dan kepentingan di peringkat global.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal dengan pendirian menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa penyatuan rakyat, sambil mengiktiraf keperluan menguasai bahasa Inggeris serta bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa asing lain.<\/p>\n<p>Menurutnya, sejak tiga tahun lalu beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada usaha memastikan semua pelajar menguasai bahasa Melayu dengan baik tanpa mengira aliran persekolahan.<\/p>\n<p>\u201cSejak tiga tahun yang lalu, antara tugas utama saya berikan kepada Menteri Pendidikan ialah memastikan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dikuasai oleh semua anak-anak tanpa kecuali,\u201d katanya ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan usaha itu perlu melibatkan semua institusi pendidikan termasuk sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah antarabangsa dan sekolah vernakular.<\/p>\n<p>Anwar turut menolak tanggapan kononnya usaha memperkukuh bahasa Melayu akan menjejaskan penguasaan bahasa lain.<\/p>\n<p>\u201cBahasa Melayu mesti diperkukuh, tetapi apa salahnya kita beri ruang secukupnya untuk anak-anak menguasai bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab atau bahasa Perancis. Semua itu memberi nilai tambah kepada mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata penguasaan bahasa Inggeris juga perlu dipertingkatkan jika Malaysia mahu terus bersaing di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cKalau Malaysia mahu diangkat martabatnya sebagai negara hebat, penguasaan bahasa Inggeris itu harus ditingkatkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, perubahan landskap ekonomi dunia menjadikan penguasaan bahasa asing semakin penting, terutama bahasa Mandarin yang kini berkembang sebagai bahasa utama dalam aktiviti ekonomi serantau dan antarabangsa.<\/p>\n<p>Katanya, berbeza beberapa dekad lalu apabila bahasa Mandarin sering dikaitkan dengan masyarakat Cina di Malaysia, kini bahasa itu turut menjadi pilihan ramai kerana kepentingannya dalam sektor perdagangan dan pelaburan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal penguasaan bahasa Melayu.<\/p>\n<p>\u201cYang tidak kita kompromi ialah penguasaan bahasa Melayu mesti kuat dan mantap, bukan sekadar serpihan atau tempelan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sejak merdeka, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan menerusi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan menjadi bahasa utama dalam pentadbiran, pendidikan serta komunikasi rasmi negara.<\/p>\n<p>Pada masa sama, sistem pendidikan Malaysia turut menyediakan ruang pembelajaran pelbagai bahasa bagi memenuhi keperluan masyarakat majmuk dan tuntutan ekonomi global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu perlu terus diperkasakan dalam sistem pendidikan negara, namun pada masa sama murid juga wajar diberi peluang menguasai bahasa asing yang mempunyai nilai ekonomi dan kepentingan di peringkat global. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal dengan pendirian menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa penyatuan rakyat, sambil mengiktiraf [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10506,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,3152,2944,4577,4578,10,973,18],"authors":[],"class_list":["post-13707","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-asing","tag-bahasa","tag-inggeris","tag-mandarin","tag-melayu","tag-pendidikan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13707","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13707"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13707\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13708,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13707\/revisions\/13708"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10506"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13707"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13707"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13707"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13707"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}