{"id":13726,"date":"2026-07-28T07:47:43","date_gmt":"2026-07-28T07:47:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13726"},"modified":"2026-07-28T09:20:35","modified_gmt":"2026-07-28T09:20:35","slug":"sprm-jejak-dokumen-pelaburan-kwap-di-tiga-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-jejak-dokumen-pelaburan-kwap-di-tiga-negara\/","title":{"rendered":"SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti Dubai, Singapura dan Indonesia sebagai lokasi penting untuk mendapatkan dokumen berkaitan siasatan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menerusi proses bantuan perundangan bersama (MLA).<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata pihaknya sedang berhubung dengan Jabatan Peguam Negara bagi melaksanakan proses itu selepas percaya sebahagian dokumen berkaitan pelaburan berkenaan berada di luar negara.<\/p>\n<p>\u201cSPRM turut mengutus surat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapatkan kerjasama dalam dua aspek iaitu mendapatkan perincian melalui Egmont Group of Financial Intelligence Units bagi mengesan kedudukan kewangan dua syarikat di Indonesia dan sebuah di Singapura.<\/p>\n<p>\u201cKeduanya, kita memohon kerjasama BNM bagi menjalankan semakan laporan transaksi tunai (CTR) dan laporan transaksi mencurigakan (STR) untuk mengetahui kedudukan kewangan pihak berkaitan dalam siasatan itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Sekretariat Ke-22 ASEAN Parties Against Corruption (Asean-PAC).<\/p>\n<p>Beliau berkata, setakat ini SPRM meneliti dokumen yang diperoleh daripada KWAP dan Kementerian Kewangan, manakala siasatan yang bermula secara rasmi pada 17 Julai lalu berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak terlibat.<\/p>\n<p>Menurutnya, seramai 20 saksi sudah dirakam keterangan, termasuk pegawai KWAP, pegawai Kementerian Kewangan, anggota Jawatankuasa Pelaburan KWAP serta ahli panel pelaburan.<\/p>\n<p>Abd Halim berkata, proses MLA dijangka mengambil masa lebih panjang kerana melibatkan bidang kuasa negara lain dan memerlukan kerjasama pihak berkuasa asing.<\/p>\n<p>\u201cIni termasuklah merakam kenyataan saksi dari luar negara tersebut dan kita akan mendapatkan kerjasama bagi membolehkan proses MLA itu dapat dijalankan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Siasatan itu susulan pelaburan KWAP sebanyak USD47.7 juta dalam syarikat pemula akuakultur Indonesia, eFishery, pada Julai 2023.<\/p>\n<p>Ketika pelaburan dibuat, syarikat berkenaan dipromosikan sebagai firma teknologi yang memodenkan industri penternakan ikan dan udang.<\/p>\n<p>Pada 16 Julai lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyifatkan pelaburan KWAP dalam eFishery sebagai satu penipuan terancang selepas pengurusan syarikat itu didakwa memanipulasi laporan kewangan.<\/p>\n<p>Dua hari kemudian, KWAP memaklumkan sedang mengambil langkah mendapatkan semula RM163.4 juta yang dilaburkan dalam syarikat berkenaan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti Dubai, Singapura dan Indonesia sebagai lokasi penting untuk mendapatkan dokumen berkaitan siasatan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menerusi proses bantuan perundangan bersama (MLA). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata pihaknya sedang berhubung dengan Jabatan Peguam Negara bagi melaksanakan proses itu selepas percaya sebahagian dokumen berkaitan pelaburan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13727,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4094,844,4446,504,21],"authors":[],"class_list":["post-13726","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-abd-halim-aman","tag-bnm","tag-kwap","tag-pelaburan","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13726","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13726"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13726\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13728,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13726\/revisions\/13728"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13727"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13726"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13726"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13726"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13726"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}