{"id":13741,"date":"2026-07-28T11:34:30","date_gmt":"2026-07-28T11:34:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13741"},"modified":"2026-07-28T11:34:30","modified_gmt":"2026-07-28T11:34:30","slug":"zahid-ucap-selamat-berjaya-secara-sinis-kepada-hamzah-selepas-dicadang-jadi-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-ucap-selamat-berjaya-secara-sinis-kepada-hamzah-selepas-dicadang-jadi-pm\/","title":{"rendered":"Zahid ucap &#8216;selamat berjaya&#8217; secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM"},"content":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi, menyindir cadangan Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Saifuddin Abdullah yang mengangkat Hamzah Zainuddin sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, hasrat itu merupakan satu cita-cita yang baik dan berharap ia mendapat sokongan daripada semua pihak, sambil mengucapkan &#8220;selamat berjaya&#8221; kepada Saifuddin selepas membuat cadangan itu.<\/p>\n<p>&#8220;Saya rasa itu satu cita-cita yang baik dan mungkin satu usaha yang sangat disanjung oleh semua parti politik di negara kita.<\/p>\n<p>&#8220;Mudah-mudahan kita ucapkan selamat berjaya kepada cita-cita besar Saifuddin Abdullah sebagai Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara yang sedang muncul sebagai parti &#8216;new kid on the block&#8217;,&#8221; katanya secara berseloroh selepas menghadiri Program Konvensyen Pekebun RISDA Zon Tengah 2026 di Seremban hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas cadangan Saifuddin dalam sebuah program audio siar sebelum ini yang menawarkan Hamzah sebagai wajah baharu untuk memimpin negara menerusi gagasan Konsensus Nasional.<\/p>\n<p>Menurut Saifuddin, rakyat kini mahukan kepimpinan baharu dan tidak lagi bergantung kepada pemimpin lama, sekali gus membuka ruang kepada individu yang disifatkan lebih layak menerajui negara.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Wawasan yang kini menjadi parti komponen Perikatan Nasional (PN) turut menjalinkan persefahaman dengan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Pada PRN kali ini, BN bertanding di 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN bertanding di baki 11 kerusi.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan persaingan melibatkan 103 calon bagi merebut 36 kerusi DUN.<\/p>\n<p>Pilihan raya itu turut menjadi antara medan penting mengukur kekuatan gabungan parti politik menjelang PRU-16, selain menguji keberkesanan kerjasama yang terjalin antara parti-parti yang bertanding di negeri berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi, menyindir cadangan Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan), Saifuddin Abdullah yang mengangkat Hamzah Zainuddin sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, hasrat itu merupakan satu cita-cita yang baik dan berharap ia mendapat sokongan daripada semua pihak, sambil mengucapkan &#8220;selamat berjaya&#8221; kepada Saifuddin selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,136,1154,197,103,146,4152],"authors":[],"class_list":["post-13741","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-calon","tag-negeri-sembilan","tag-perdana-menteri","tag-prn","tag-umno","tag-wawasan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13741","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13741"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13741\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13746,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13741\/revisions\/13746"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13741"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13741"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13741"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13741"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}