{"id":13742,"date":"2026-07-28T10:48:23","date_gmt":"2026-07-28T10:48:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13742"},"modified":"2026-07-28T10:48:23","modified_gmt":"2026-07-28T10:48:23","slug":"38-pusat-undi-awal-prn-negeri-sembilan-ditutup","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/38-pusat-undi-awal-prn-negeri-sembilan-ditutup\/","title":{"rendered":"38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup"},"content":{"rendered":"<p>Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 membabitkan anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing selesai hari ini selepas semua 38 pusat mengundi awal di seluruh negeri ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang.<\/p>\n<p>Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun berkata SPR menyasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada keseluruhan 16,467 pengundi awal yang mengundi secara fizikal menunaikan tanggungjawab mereka.<\/p>\n<p>\u201cSPR menyasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada 16,467 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing, keluar mengundi hari ini,\u201d katanya pada sidang media, hari ini.<\/p>\n<p>Pusat mengundi mula dibuka seawal jam 8 pagi sebelum ditutup secara berperingkat mengikut lokasi dan jumlah pemilih berdaftar yang ditetapkan SPR.<\/p>\n<p>Sebanyak 20 pusat mengundi ditutup lebih awal pada jam 12 tengah hari dan 2 petang, manakala baki pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang.<\/p>\n<p>Berdasarkan peratusan keluar mengundi yang dikeluarkan SPR setakat jam 3 petang, seramai 14,651 pengundi awal atau 88.97 peratus sudah menunaikan tanggungjawab mereka.<\/p>\n<p>Jumlah itu meliputi 9,827 anggota tentera dan pasangan serta 4,824 anggota polis bersama pasangan masing-masing.<\/p>\n<p>Keseluruhan pengundian awal PRN Negeri Sembilan melibatkan 22,339 pemilih.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, 16,467 orang mengundi secara fizikal, terdiri daripada 11,293 anggota tentera dan pasangan serta 5,174 anggota polis dan pasangan, manakala selebihnya mengundi secara pos.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan Ke-16 menyaksikan persaingan 103 calon bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Pengundian bagi 867,151 pengundi biasa dijadual berlangsung pada Sabtu ini, sekali gus menentukan kerajaan negeri yang akan mentadbir Negeri Sembilan untuk tempoh lima tahun akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 membabitkan anggota tentera, polis dan pasangan masing-masing selesai hari ini selepas semua 38 pusat mengundi awal di seluruh negeri ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun berkata SPR menyasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada keseluruhan 16,467 pengundi awal yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4465,4400,2088,1394,2519],"authors":[],"class_list":["post-13742","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-prn-negeri-sembilan","tag-pusat-mengundi","tag-ramlan-harun","tag-spr","tag-undi-awal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13742","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13742"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13742\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13744,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13742\/revisions\/13744"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13742"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13742"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13742"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13742"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}