{"id":13747,"date":"2026-07-28T18:18:49","date_gmt":"2026-07-28T18:18:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13747"},"modified":"2026-07-28T18:18:49","modified_gmt":"2026-07-28T18:18:49","slug":"muhyiddin-tolak-khabar-angin-bersatu-mahu-kembali-bersama-ph","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-tolak-khabar-angin-bersatu-mahu-kembali-bersama-ph\/","title":{"rendered":"Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya parti itu akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat di peringkat kepimpinan parti berhubung perkara itu, malah menyifatkan dakwaan tersebut sekadar khabar angin yang tidak berasas.<\/p>\n<p>\u201cMana dia dapat maklumat tu? Kita tak pernah bincang soal tu dan tak pernah di peringkat besar buat apa-apa keputusan mengenai perkara tu.<\/p>\n<p>\u201cKita masih bergerak sendiri. Dulu kita memang pernah berada dalam PH, tetapi sekarang mana datang cerita macam itu?\u201d katanya ketika diminta mengulas dakwaan berhubung kemungkinan wujud kerjasama antara Bersatu dan PH selepas PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Muhyiddin percaya khabar angin berkenaan mungkin disebarkan pihak tertentu yang mempunyai agenda untuk mencemarkan imej parti.<\/p>\n<p>\u201cKadang-kadang ada orang di tepi jalan yang cakap macam-macam. Tujuannya mungkin untuk memburukkan nama kita atau ada niat lain yang bukan baik.<\/p>\n<p>\u201cJadi saya sebagai presiden nak beritahu, tidak ada. Kita tak pernah berunding dengan sesiapa pun,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Spekulasi mengenai hubungan antara Bersatu dan PH kembali diperkatakan sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan susulan pelbagai dakwaan di media sosial mengenai kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu selepas pilihan raya.<\/p>\n<p>Bersatu sebelum ini merupakan antara parti pengasas PH bersama PKR, DAP dan Amanah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.<\/p>\n<p>Namun parti itu meninggalkan gabungan berkenaan pada 2020 susulan kemelut politik yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.<\/p>\n<p>Kini Bersatu merupakan komponen utama Perikatan Nasional (PN) bersama PAS dan beberapa parti lain, manakala PH membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan bersama Barisan Nasional serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>Penafian Muhyiddin itu sekali gus menutup spekulasi mengenai kemungkinan Bersatu kembali menjalin kerjasama politik dengan PH pada masa terdekat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya parti itu akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Beliau menegaskan tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat di peringkat kepimpinan parti berhubung perkara itu, malah menyifatkan dakwaan tersebut sekadar khabar angin yang tidak berasas. \u201cMana dia dapat maklumat tu? Kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13754,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1590,1154,727,347,103],"authors":[],"class_list":["post-13747","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-muhyiddin-yassin","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-ph","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13747","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13747"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13747\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13755,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13747\/revisions\/13755"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13754"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13747"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13747"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13747"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13747"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}