{"id":13748,"date":"2026-07-28T14:21:14","date_gmt":"2026-07-28T14:21:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13748"},"modified":"2026-07-28T14:38:09","modified_gmt":"2026-07-28T14:38:09","slug":"prn-ns-pengundi-tentukan-kemenangan-bukan-ramalan-atau-nujum","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-ns-pengundi-tentukan-kemenangan-bukan-ramalan-atau-nujum\/","title":{"rendered":"PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanya akan ditentukan oleh pengundi pada hari pengundian, bukan berdasarkan ramalan atau kajian yang dibuat menjelang pilihan raya.<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata setiap calon perlu terus berusaha meyakinkan pengundi kerana mereka yang akan menentukan parti mana diberi mandat mentadbir negeri.<\/p>\n<p>\u201cYang akan memenangkan mana-mana calon atau mana-mana parti akhirnya ialah pengundi yang keluar mengundi.<\/p>\n<p>\u201cBukan kajian, bukan para nujum, bukan apa-apa ramalan, tetapi pengundi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berkempen dengan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G. Manivanan di Felda Bukit Rokan Barat, hari ini.<\/p>\n<p>Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu mengulas ramalan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang menjangkakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mampu memenangi antara 23 hingga 25 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Fahmi berkata ramalan itu dilihat sebagai dorongan kepada jentera dan calon PH untuk menggandakan usaha mendekati pengundi, terutama mereka yang masih belum membuat keputusan.<\/p>\n<p>\u201cKita lihat kenyataan individu seperti Ong Kian Ming ini sebagai cabaran kepada calon-calon kita untuk terus menyantuni dan meyakinkan pengundi terutamanya pengundi atas pagar supaya memberikan sokongan kepada PH.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan sambutan di lapangan, PH melihat momentum kempen semakin positif menjelang hari pengundian dan yakin pengundi akan membuat keputusan berdasarkan prestasi pentadbiran kerajaan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fahmi turut berkata pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mempunyai rekod yang baik sepanjang menerajui kerajaan negeri, selain tidak dikaitkan dengan skandal penyelewengan atau salah guna wang rakyat.<\/p>\n<p>\u201cMeskipun berdepan pelbagai kritikan sepanjang kempen, Tok Min kekal tenang dan memilih untuk terus memberi tumpuan kepada tugas serta perkhidmatan kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun ada kenyataan yang agak keras terhadap beliau, beliau tetap terus bekerja dan meneruskan kempen,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan menyaksikan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN.<\/p>\n<p>Hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos dan parti-parti yang bertanding kini memperhebat kempen bagi meraih sokongan pengundi pada saat-saat akhir.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanya akan ditentukan oleh pengundi pada hari pengundian, bukan berdasarkan ramalan atau kajian yang dibuat menjelang pilihan raya. Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata setiap calon perlu terus berusaha meyakinkan pengundi kerana mereka yang akan menentukan parti mana diberi mandat mentadbir negeri. \u201cYang akan memenangkan mana-mana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13753,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[49,4585,172,347,4465],"authors":[],"class_list":["post-13748","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi-fadzil","tag-keputusan-prn","tag-pengundi","tag-ph","tag-prn-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13748","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13748"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13748\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13750,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13748\/revisions\/13750"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13748"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13748"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13748"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13748"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}