{"id":13775,"date":"2026-07-29T07:34:25","date_gmt":"2026-07-29T07:34:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13775"},"modified":"2026-07-29T07:34:30","modified_gmt":"2026-07-29T07:34:30","slug":"kabinet-setuju-rci-tabung-haji-didedah-kerajaan-teruskan-siasatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kabinet-setuju-rci-tabung-haji-didedah-kerajaan-teruskan-siasatan\/","title":{"rendered":"Kabinet setuju RCI Tabung Haji didedah, kerajaan teruskan siasatan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan untuk mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) yang meliputi tempoh 2014 hingga 2020, selain meneruskan siasatan oleh agensi penguatkuasaan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang dikenal pasti.<\/p>\n<p>Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri hari ini menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH sebelum memperhalusi kandungan laporan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, Kabinet bersetuju supaya laporan itu dinyahklasifikasi dan didedahkan kepada orang ramai pada hari yang sama, selain akan dibentangkan serta dibahaskan dalam satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>&#8220;Jemaah Menteri bersetuju laporan ini dibuat pengelasan semula dan didedahkan hari ini. Laporan ini juga akan dibentangkan serta dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat,&#8221; katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, Kabinet turut mengambil maklum laporan RCI itu mengandungi 25 syor penambahbaikan, dengan pengurusan tertinggi TH telah melaksanakan 75 peratus daripada keseluruhan syor tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan usaha pembaharuan yang sedang dilaksanakan oleh TH berada pada landasan positif.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Jemaah Menteri turut mengambil maklum prestasi kewangan TH yang mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025.<\/p>\n<p>&#8220;Pengumuman kadar agihan keuntungan itu menunjukkan pengurusan TH kini berada dalam keadaan yang lebih baik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Kabinet memutuskan siasatan penuh berdasarkan dapatan RCI akan diteruskan serta-merta oleh badan-badan penguatkuasaan.<\/p>\n<p>Fahmi menegaskan mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang akan dihadapkan ke muka pengadilan.<\/p>\n<p>&#8220;Siasatan penuh oleh badan-badan penguatkuasaan berdasarkan laporan ini akan diteruskan serta-merta dan pihak terbabit akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya wujud sebarang pelanggaran undang-undang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>RCI berhubung pengurusan Tabung Haji ditubuhkan bagi meneliti isu-isu berkaitan tadbir urus, pengurusan kewangan dan pentadbiran institusi itu sepanjang tempoh 2014 hingga 2020.<\/p>\n<p>Pendedahan laporan tersebut dijangka memberi gambaran menyeluruh terhadap penemuan suruhanjaya serta menjadi asas kepada tindakan susulan kerajaan dalam memperkukuh integriti dan keyakinan pendeposit terhadap institusi berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memutuskan untuk mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) yang meliputi tempoh 2014 hingga 2020, selain meneruskan siasatan oleh agensi penguatkuasaan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang dikenal pasti. Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri hari ini menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH sebelum memperhalusi kandungan laporan berkenaan. Menurutnya, Kabinet bersetuju [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2483,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4530,49,828,1314],"authors":[],"class_list":["post-13775","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dedah","tag-fahmi-fadzil","tag-rci","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13775","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13775"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13775\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13776,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13775\/revisions\/13776"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2483"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13775"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13775"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13775"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13775"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}