{"id":13782,"date":"2026-07-29T07:45:34","date_gmt":"2026-07-29T07:45:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13782"},"modified":"2026-07-29T07:46:20","modified_gmt":"2026-07-29T07:46:20","slug":"kes-zara-qairina-shafie-apdal-disabit-hina-mahkamah-dijatuhi-hukuman-penjara-lima-minggu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-zara-qairina-shafie-apdal-disabit-hina-mahkamah-dijatuhi-hukuman-penjara-lima-minggu\/","title":{"rendered":"Kes Zara Qairina: Shafie Apdal disabit hina mahkamah, dijatuhi hukuman penjara lima minggu"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Warisan, Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini selepas disabitkan bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataannya berkaitan inkues kematian remaja, Zara Qairina Mahathir.<\/p>\n<p>Hakim Amir Shah Amir Hassan memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ahli Parlimen Semporna itu sebelum mensabitkannya mengikut Seksyen 99A Akta Mahkamah Rendah 1948.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Shafie untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.<\/p>\n<p>Dalam penghakimannya, Amir berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen kesalahan yang didakwa terhadap tertuduh.<\/p>\n<p>&#8220;Mahkamah mensabitkan tertuduh atas kesalahan di bawah Seksyen 99A Akta Mahkamah Rendah 1948 dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima minggu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Seksyen 99A memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam minggu atau denda maksimum RM300, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.<\/p>\n<p>Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mustaffa P. Kunyalam dan Nadia Izhar, manakala Shafie diwakili peguam Jakariya Ab Jalil serta Chen Ket Chuin.<\/p>\n<p>Kes itu berpunca daripada ucapan Shafie pada September tahun lalu dalam satu program di Kinabatangan, apabila beliau menyifatkan kematian Zara Qairina sebagai &#8220;pembunuhan&#8221; selain mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengendalikan siasatan.<\/p>\n<p>Ucapan itu dibuat ketika inkues kematian remaja terbabit masih berlangsung di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di hadapan hakim yang sama.<\/p>\n<p>Susulan kenyataan tersebut, Peguam Negara pada 23 Oktober tahun lalu memperoleh kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Shafie.<\/p>\n<p>Kes berkenaan mendapat perhatian ramai memandangkan ia melibatkan komen awam terhadap prosiding mahkamah yang masih berjalan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan wujud campur tangan atau pengaruh terhadap proses perundangan.<\/p>\n<p>Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai tahun lalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar.<\/p>\n<p>Inkues bagi menentukan punca sebenar kematian remaja itu bermula pada 3 September tahun lalu dan dijadualkan bersambung pada 24 Ogos ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Warisan, Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini selepas disabitkan bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataannya berkaitan inkues kematian remaja, Zara Qairina Mahathir. Hakim Amir Shah Amir Hassan memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ahli Parlimen Semporna itu sebelum mensabitkannya mengikut Seksyen 99A Akta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":277,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1468,264,1607,1909,102,4588],"authors":[],"class_list":["post-13782","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-hina-mahkamah","tag-hukuman","tag-kes-zara-qairina","tag-mohd-shafie-apdal","tag-sabah","tag-semporna"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13782","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13782"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13782\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13786,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13782\/revisions\/13786"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13782"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13782"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13782"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13782"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}