{"id":13785,"date":"2026-07-29T07:59:09","date_gmt":"2026-07-29T07:59:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13785"},"modified":"2026-07-29T07:59:09","modified_gmt":"2026-07-29T07:59:09","slug":"mn-bersatu-cabar-umno-tarik-sokongan-kerajaan-selangor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mn-bersatu-cabar-umno-tarik-sokongan-kerajaan-selangor\/","title":{"rendered":"MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu mencabar UMNO membuktikan kesungguhannya menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dengan mengarahkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menarik sokongan terhadap Kerajaan Selangor.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Afif Bahardin berkata pendirian itu perlu dijelaskan sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos.<\/p>\n<p>\u201cKalau betul MN sudah bermula di Selangor seperti dikatakan Noh Omar, langkah penting yang perlu dibuat UMNO ialah mengarahkan dua ADUN BN menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.<\/p>\n<p>\u201cKalau betul \u2018anak jantan\u2019, umumkan penarikan sokongan dan datang duduk bersama pembangkang,\u201d katanya lapor FMT.<\/p>\n<p>Afif berkata ADUN Sungai Air Tawar, Rizam Ismail dan ADUN Dusun Tua, Johan Abdul Aziz perlu meninggalkan kerajaan negeri serta menyertai blok pembangkang sekiranya kerjasama UMNO-PAS benar-benar mahu diteruskan dan bukan sekadar retorik politik.<\/p>\n<p>Beliau yang juga ADUN Taman Medan turut mempersoalkan sama ada UMNO mahu terus kekal bersama kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor atau memilih untuk bekerjasama dengan PAS.<\/p>\n<p>\u201cSidang DUN akan berlangsung pada 3 Ogos. UMNO masih mempunyai masa untuk membuat keputusan. Kalau benar mahu bersama PAS, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas dakwaan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar yang memaklumkan hubungan Muafakat Nasional di negeri itu kembali terjalin selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Megat Zulkarnain Omardin, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ab Halim Tamuri serta beberapa pemimpin kedua-dua parti bertemu ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Menurut Noh, pertemuan itu menjadi titik permulaan kepada usaha menghidupkan semula kerjasama UMNO dan PAS yang pernah mencatat kejayaan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih kira-kira tujuh tahun lalu.<\/p>\n<p>Muafakat Nasional ditubuhkan pada 2019 sebagai kerjasama politik antara UMNO dan PAS, namun hubungan itu semakin longgar selepas kedua-dua parti mengambil haluan berbeza dalam beberapa pilihan raya dan pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan serta negeri.<\/p>\n<p>Isu kerjasama itu kembali menjadi perhatian selepas beberapa pemimpin kedua-dua parti dilihat mengadakan pertemuan ketika kempen PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu mencabar UMNO membuktikan kesungguhannya menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) dengan mengarahkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menarik sokongan terhadap Kerajaan Selangor. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Afif Bahardin berkata pendirian itu perlu dijelaskan sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos. \u201cKalau betul MN sudah bermula [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6742,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,4124,1737,340,4590],"authors":[],"class_list":["post-13785","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-kerjasama-politik","tag-muafakat-nasional","tag-tarik-sokongan","tag-umno-pas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13785","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13785"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13785\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13791,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13785\/revisions\/13791"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13785"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13785"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13785"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13785"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}