{"id":13788,"date":"2026-07-29T07:51:50","date_gmt":"2026-07-29T07:51:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13788"},"modified":"2026-07-29T07:51:50","modified_gmt":"2026-07-29T07:51:50","slug":"yew-nafi-dakwaan-beli-undi-di-chuah-lapor-polis-supaya-siasatan-dibuat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/yew-nafi-dakwaan-beli-undi-di-chuah-lapor-polis-supaya-siasatan-dibuat\/","title":{"rendered":"Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat"},"content":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Chuah, Yew Boon Lye menafikan dakwaan kononnya pasukannya mengagihkan wang kepada pengundi selepas tular video dan gambar di media sosial yang dikaitkan dengan kegiatan membeli undi.<\/p>\n<p>Yew yang mempertahankan kerusi itu berkata beliau sendiri belum sempat menonton rakaman berkenaan kerana sibuk berkempen, namun menegaskan pasukannya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti seperti didakwa.<\/p>\n<p>\u201cTak ada, mana PKR ada wang. Saya pun pening memikirkan kempen saya sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak tahu siapa yang buat macam ini. Kami pun tak ada maklumat. Saya harap perkara macam ini tak berlaku lagi,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau turut mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa bagi memastikan perkara itu disiasat secara telus.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak ada kuasa untuk menyiasat. Saya memang alu-alukan siasatan daripada pihak berkuasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas beberapa video dan gambar tular memaparkan orang ramai beratur di sebuah restoran di Bukit Pelanduk.<\/p>\n<p>Dalam satu rakaman, beberapa individu dilihat berkumpul di sebuah meja, manakala seorang daripada mereka dipercayai mengambil gambar MyKad menggunakan telefon pintar.<\/p>\n<p>Turut tular ialah sekeping gambar yang memaparkan beberapa keping wang RM100 dimasukkan ke dalam sampul, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.<\/p>\n<p>Rakaman dan gambar tersebut dikongsi menerusi platform media rasmi MCA di Facebook dengan dakwaan berlaku kegiatan membeli undi.<\/p>\n<p>Walaupun tiada parti dinamakan secara khusus, hantaran itu dipercayai merujuk kepada PKR memandangkan pertandingan di DUN Chuah kali ini hanya melibatkan calon PKR dan MCA.<\/p>\n<p>Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azmi Sharom menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau menyaksikan perbuatan rasuah supaya segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>\u201cJika ada orang yang menyaksikan perbuatan rasuah, mereka harus membuat laporan kepada SPRM,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon memaklumkan parti itu akan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan.<\/p>\n<p>Kerusi DUN Chuah menyaksikan saingan satu lawan satu antara Yew yang mewakili PH dengan calon MCA, Pau Jeou Ching.<\/p>\n<p>Pada Pilihan Raya Negeri 2023, Yew mempertahankan kerusi itu atas tiket PH dengan memperoleh 8,172 undi, menewaskan calon PN-Gerakan, Tang Jay Son yang meraih 1,874 undi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Chuah, Yew Boon Lye menafikan dakwaan kononnya pasukannya mengagihkan wang kepada pengundi selepas tular video dan gambar di media sosial yang dikaitkan dengan kegiatan membeli undi. Yew yang mempertahankan kerusi itu berkata beliau sendiri belum sempat menonton rakaman berkenaan kerana sibuk berkempen, namun menegaskan pasukannya tidak terbabit dengan sebarang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13789,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3192,4471,1154,103,551,3347,4589],"authors":[],"class_list":["post-13788","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-beli","tag-dun-chuah","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-siasat","tag-undi","tag-yew-boon-lye"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13788","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13788"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13788\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13790,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13788\/revisions\/13790"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13789"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13788"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13788"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13788"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13788"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}