{"id":13814,"date":"2026-07-29T11:13:14","date_gmt":"2026-07-29T11:13:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13814"},"modified":"2026-07-29T11:13:14","modified_gmt":"2026-07-29T11:13:14","slug":"kerajaan-percepat-sidang-khas-parlimen-bahas-laporan-rci-tabung-haji-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-percepat-sidang-khas-parlimen-bahas-laporan-rci-tabung-haji-fahmi\/","title":{"rendered":"Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan bercadang mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH), susulan keputusan Jemaah Menteri menyahklasifikasikan dokumen itu untuk tatapan umum.<\/p>\n<p>Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menetapkan tarikh sidang khas berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, walaupun Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen hanya dijadual bermula awal Oktober, kerajaan mahu isu itu dibincangkan lebih awal memandangkan kepentingannya kepada negara.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri berharap sidang khas ini dapat diadakan dalam masa yang tidak terlalu lama kerana perkara ini sangat penting dan perlu diteliti serta dibahaskan oleh Ahli Parlimen,\u201d katanya lapor media.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju menyahklasifikasikan laporan RCI TH yang sebelum ini diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).<\/p>\n<p>Fahmi berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri turut menerima taklimat daripada Pengerusi TH yang juga anggota RCI, Abdul Rashid Hussain, berhubung dapatan siasatan dan perkembangan pelaksanaan syor yang dikemukakan suruhanjaya itu.<\/p>\n<p>Katanya, Abdul Rashid menjelaskan pendedahan laporan itu mengambil sedikit masa kerana pengurusan TH memberi keutamaan kepada usaha memulihkan kedudukan kewangan institusi berkenaan serta melaksanakan cadangan penambahbaikan yang disyorkan.<\/p>\n<p>\u201cBeliau memaklumkan sebab laporan ini hanya didedahkan selepas beberapa tahun kerana pihak pengurusan perlu memberi tumpuan kepada usaha pemulihan. Daripada 25 syor yang dikemukakan RCI, sebanyak 75 peratus telah berjaya dilaksanakan oleh pengurusan sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cUsaha pemulihan itu juga dapat dilihat menerusi pengumuman kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun lalu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urus setia RCI akan menerbitkan laporan penuh itu kepada umum susulan keputusan penyahklasifikasian yang dipersetujui kerajaan.<\/p>\n<p>Terdahulu, Jemaah Menteri mengumumkan laporan RCI TH yang sebelum ini diklasifikasikan di bawah OSA kini dibuka kepada umum, selain siasatan lanjut akan diteruskan terhadap mana-mana perkara yang memerlukan tindakan penguatkuasaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan bercadang mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH), susulan keputusan Jemaah Menteri menyahklasifikasikan dokumen itu untuk tatapan umum. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, mengadakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":126,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[49,309,828,4596,1314],"authors":[],"class_list":["post-13814","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi-fadzil","tag-parlimen","tag-rci","tag-sidang-khas","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13814","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13814"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13814\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13815,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13814\/revisions\/13815"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/126"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13814"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13814"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13814"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13814"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}