{"id":13819,"date":"2026-07-29T11:47:22","date_gmt":"2026-07-29T11:47:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13819"},"modified":"2026-07-29T12:34:03","modified_gmt":"2026-07-29T12:34:03","slug":"myanmar-setuju-terima-semula-5000-rohingya-dari-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/myanmar-setuju-terima-semula-5000-rohingya-dari-malaysia\/","title":{"rendered":"Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia hasil hubungan diplomatik yang erat antara kedua-dua negara.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata persetujuan itu menjadi langkah awal ke arah penyelesaian isu pelarian Rohingya yang berlarutan sejak sekian lama, di samping membantu memastikan ketenteraman awam di Malaysia terus terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cOrang kata &#8216;hantar balik, hantar balik&#8217;. Nak hantar balik ke mana? Myanmar tidak mahu terima.<\/p>\n<p>\u201cItu sebabnya hubungan baik dengan Myanmar penting. Sekarang ini mereka setuju ambil 5,000 orang dahulu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang Bersama PMX di Simpang Durian, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, Myanmar turut bersetuju menerima semula kira-kira 300,000 pelarian Rohingya yang kini berada di Bangladesh, sekali gus menunjukkan kesediaan negara itu untuk bekerjasama dalam menangani krisis kemanusiaan berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan rundingan dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian yang turut memberi kesan kepada beberapa negara di rantau Asia Tenggara.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Anwar menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan pelarian Rohingya yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau kehidupan masyarakat tempatan.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah beri amaran dan saya juga sudah arahkan kepada polis. Saya tidak mahu Rohingya ganggu jalan raya dan tempat-tempat awam. Ini Malaysia, tak boleh dia ganggu kita. Jadi polis akan ambil tindakan, pindahkan dia. Kita cegah.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu saya beritahu kepada orang Rohingya, duduk baik-baik, kita sedia tempat asing. Kamu jangan ganggu perniagaan orang Malaysia, jangan ganggu lalu lintas dan tempat mereka duduk, nanti orang marah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Malaysia sejak sekian lama menjadi antara negara yang menerima pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada konflik dan penindasan di Myanmar. Namun, kerana Malaysia bukan negara penandatangan Konvensyen Pelarian 1951, isu pengurusan pelarian sering menjadi cabaran, termasuk dari aspek keselamatan, kebajikan dan hubungan diplomatik dengan negara asal mereka.<\/p>\n<p>Persetujuan terbaharu itu dilihat sebagai perkembangan penting dalam usaha mencari penyelesaian secara berperingkat melalui kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Myanmar.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia hasil hubungan diplomatik yang erat antara kedua-dua negara. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata persetujuan itu menjadi langkah awal ke arah penyelesaian isu pelarian Rohingya yang berlarutan sejak sekian lama, di samping membantu memastikan ketenteraman awam di Malaysia terus terpelihara. \u201cOrang kata &#8216;hantar balik, hantar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13820,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,4139,293,4252,4166],"authors":[],"class_list":["post-13819","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-hubungan-diplomatik","tag-myanmar","tag-pelarian","tag-rohingya"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13819","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13819"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13819\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13821,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13819\/revisions\/13821"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13820"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13819"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13819"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13819"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13819"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}