{"id":13822,"date":"2026-07-29T11:58:28","date_gmt":"2026-07-29T11:58:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13822"},"modified":"2026-07-29T11:58:28","modified_gmt":"2026-07-29T11:58:28","slug":"pelaku-sebabkan-kerugian-tabung-haji-akan-disiasat-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pelaku-sebabkan-kerugian-tabung-haji-akan-disiasat-pm\/","title":{"rendered":"Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM"},"content":{"rendered":"<p>Individu atau pihak yang bertanggungjawab menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian dan penipuan akan disiasat secara menyeluruh.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata siasatan akan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) termasuk mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).<\/p>\n<p>\u201cKeputusan Jemaah Menteri tadi bukan saja nak sebar, orang yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian dan penipuan, salah guna kuasa akan disiasat oleh PDRM, SPRM dan Bank Negara.<\/p>\n<p>\u201cSemua akan siasat. Kalau ada bukti, dakwa, biar masuk mahkamah dan biar masuk penjara kalau salah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama PMX di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, Jemaah Menteri bersetuju mendedahkan laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH kepada umum dan bakal dibentang serta dibahas pada sidang khas Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu dilaksanakan mengikut lunas perundangan negara.<\/p>\n<p>\u201cRamai dah pergi haji dan pergi umrah. Wang haji dia ditipu. Saya tak mahu tuduh sesiapa. Biar PDRM, SPRM dan BNM siasat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan taklimat yang disampaikan Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain kepada Jemaah Menteri mendapati institusi itu menanggung kerugian mencecah RM10 bilion.<\/p>\n<p>\u201cDia bagi taklimat kepada Jemaah Menteri. Rugi RM10 bilion disebabkan tak ikut peraturan, pelaburan salah dan banyak masalah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, masalah itu berlaku sejak 2014 apabila pelbagai pelanggaran yang dibangkitkan Bank Negara Malaysia tidak diberi perhatian sehingga mengakibatkan TH mengalami kerugian besar.<\/p>\n<p>Isu pengurusan kewangan Tabung Haji sebelum ini menjadi perhatian apabila kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan kelemahan tadbir urus yang menjejaskan institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Keputusan mengelaskan semula laporan RCI itu membuka laluan kepada penelitian awam serta tindakan lanjut terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Individu atau pihak yang bertanggungjawab menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian dan penipuan akan disiasat secara menyeluruh. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata siasatan akan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) termasuk mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2483,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,4599,4541,23,1314],"authors":[],"class_list":["post-13822","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-kerugian-th","tag-rci-tabung-haji","tag-siasatan","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13822","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13822"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13822\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13823,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13822\/revisions\/13823"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2483"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13822"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13822"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13822"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13822"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}