{"id":13827,"date":"2026-07-29T12:44:24","date_gmt":"2026-07-29T12:44:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13827"},"modified":"2026-07-29T12:44:24","modified_gmt":"2026-07-29T12:44:24","slug":"laporan-rci-tabung-haji-amaran-bnm-sejak-2014-tidak-diendahkan-tanggung-rugi-rm10-bilion","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/laporan-rci-tabung-haji-amaran-bnm-sejak-2014-tidak-diendahkan-tanggung-rugi-rm10-bilion\/","title":{"rendered":"Laporan RCI Tabung Haji: Amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan, tanggung rugi RM10 bilion"},"content":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian sebanyak RM10 bilion akibat kegagalan mematuhi peraturan serta kesilapan dalam keputusan pelaburan yang berlaku sejak 2014, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri menerusi taklimat yang disampaikan Pengerusi TH, Rashid Hussain, yang sebelum ini turut menganggotai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung institusi berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Tadi Pengerusi TH yang pernah jadi ahli Suruhanjaya Diraja memberi taklimat kepada Jemaah Menteri bahawa TH rugi RM10 bilion sebab tidak ikut peraturan, sebab pelaburan salah, sebab banyak masalah. Berlaku sejak 2014,&#8221; katanya selepas menghadiri Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kegagalan mengendahkan amaran awal yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) antara 2014 hingga 2017 menjadi antara faktor utama yang menyebabkan institusi itu mengalami kerugian besar.<\/p>\n<p>Menurutnya, keputusan Jemaah Menteri mendedahkan laporan RCI mengenai TH dibuat atas prinsip ketelusan supaya siasatan dapat dilakukan secara menyeluruh, selain menjadi pengajaran agar amanah yang melibatkan wang pendeposit tidak lagi dikhianati.<\/p>\n<p>&#8220;Amaran awal telah diberikan antara 2014 hingga 2017, tetapi tidak diendahkan dan tidak didedahkan sehingga menyebabkan kerugian besar.<\/p>\n<p>&#8220;Yang penting, keputusan Jemaah Menteri ialah supaya siasatan dilakukan secara telus hingga ke akar umbi, bukan hanya melibatkan tempoh 2014 hingga 2017, tetapi juga selepas itu untuk melihat apa yang berlaku pada 2018 hingga 2020 serta langkah pemulihan yang telah dilaksanakan.<\/p>\n<p>&#8220;Biarlah rakyat menilai. Bagi saya, ini bukan untuk membongkar kisah lama, sebaliknya menjadi pengajaran supaya amanah rakyat tidak lagi dikhianati dan kesilapan sama tidak berulang,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Anwar berkata cadangan mengadakan sidang khas Parlimen bagi membahaskan laporan RCI itu kini menunggu persetujuan Yang Dipertua Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Saya telah mencadangkan supaya ia diadakan secepat mungkin supaya Ahli Parlimen mempunyai masa meneliti laporan itu, mendengar penjelasan lanjut dan membahaskannya secara terbuka sepanjang hari,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Kabinet meluluskan penerbitan laporan RCI berhubung TH yang menyiasat isu tadbir urus, pematuhan peraturan dan keputusan pelaburan institusi itu. Laporan tersebut diterbitkan hari ini selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>Laporan RCI mendedahkan beberapa kelemahan dalam pengurusan TH sepanjang tempoh berkenaan dan mengemukakan pelbagai syor pembaharuan bagi mengukuhkan tadbir urus serta memastikan simpanan jutaan pendeposit terus diurus secara telus dan berhemah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian sebanyak RM10 bilion akibat kegagalan mematuhi peraturan serta kesilapan dalam keputusan pelaburan yang berlaku sejak 2014, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri menerusi taklimat yang disampaikan Pengerusi TH, Rashid Hussain, yang sebelum ini turut menganggotai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung institusi berkenaan. &#8220;Tadi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,3891,18,828,23,1314],"authors":[],"class_list":["post-13827","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-kerugian","tag-pmx","tag-rci","tag-siasatan","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13827","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13827"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13827\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13829,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13827\/revisions\/13829"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13827"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13827"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13827"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13827"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}