{"id":13831,"date":"2026-07-29T15:54:52","date_gmt":"2026-07-29T15:54:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13831"},"modified":"2026-07-29T15:55:18","modified_gmt":"2026-07-29T15:55:18","slug":"anwar-ambil-alih-pantau-isu-masyarakat-india-mohon-maaf-guna-istilah-kuil-haram","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-ambil-alih-pantau-isu-masyarakat-india-mohon-maaf-guna-istilah-kuil-haram\/","title":{"rendered":"Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah \u2018kuil haram\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim akan mengambil alih tanggungjawab memantau semua isu berkaitan masyarakat India susulan pelbagai rayuan dan aduan yang diterima daripada komuniti itu mengenai cabaran yang mereka hadapi.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan segala isu melibatkan masyarakat India dapat diselaras dengan lebih berkesan di peringkat tertinggi kerajaan, sementara Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan, terus melaksanakan program dan inisiatif yang telah diluluskan kerajaan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).<\/p>\n<p>\u201cSaya dah minta Ramanan tolong pantau isu masyarakat India. Tapi mulai sekarang bukan sahaja MITRA, malah semua masalah masyarakat India saya sendiri akan bertanggungjawab. Saya akan ambil alih.<\/p>\n<p>\u201cSudah tentu Ramanan akan terus melaksanakan program yang dirancang, tetapi malam ini saya umumkan Perdana Menteri sendiri akan menjaga masyarakat India,\u201d katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama komuniti India malam tadi.<\/p>\n<p>Anwar berkata, penglibatan langsungnya dijangka memperkukuh penyelarasan dasar dan bantuan kepada komuniti India, termasuk kemudahan pembiayaan melalui TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, skim jaminan pembiayaan serta pelbagai program pembangunan ekonomi dan kebajikan.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa masyarakat menilai prestasi Kerajaan Perpaduan berdasarkan rekod pencapaian dan pelaksanaan dasar, bukannya dipengaruhi persepsi atau dakwaan yang disebarkan pihak tertentu.<\/p>\n<p>Dalam ucapan sama, Anwar turut memohon maaf kerana pernah menggunakan istilah \u201ckuil haram\u201d ketika mengulas isu rumah ibadat masyarakat Hindu.<\/p>\n<p>\u201cSemenjak saya jadi Perdana Menteri, satu kuil lama pun tidak pernah saya robohkan. Peraturan memang ada.<\/p>\n<p>\u201cKalau saya pernah menggunakan perkataan \u2018kuil haram\u2019, saya kena minta maaf. Itu kesilapan teknikal dan saya akui kesilapan itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu berkaitan penempatan rumah ibadat, khususnya kuil Hindu di atas tanah milik kerajaan atau swasta, sering menjadi topik sensitif kerana melibatkan aspek perundangan, sejarah penempatan serta keharmonian antara kaum.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini mengambil pendekatan rundingan bagi mencari penyelesaian tanpa menjejaskan kepentingan semua pihak.<\/p>\n<p>Pengumuman Anwar itu dilihat memberi isyarat komitmen kerajaan untuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat India serta memastikan isu yang dibangkitkan komuniti berkenaan mendapat perhatian terus daripada Perdana Menteri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim akan mengambil alih tanggungjawab memantau semua isu berkaitan masyarakat India susulan pelbagai rayuan dan aduan yang diterima daripada komuniti itu mengenai cabaran yang mereka hadapi. Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan segala isu melibatkan masyarakat India dapat diselaras dengan lebih berkesan di peringkat tertinggi kerajaan, sementara Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13832,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,812,1288,864,1102,1375,18,98],"authors":[],"class_list":["post-13831","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-india","tag-isu","tag-masyarakat","tag-mitra","tag-mohon-maaf","tag-pmx","tag-ramanan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13831","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13831"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13831\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13834,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13831\/revisions\/13834"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13832"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13831"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13831"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13831"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13831"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}