{"id":13841,"date":"2026-07-30T00:04:57","date_gmt":"2026-07-30T00:04:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13841"},"modified":"2026-07-30T00:29:29","modified_gmt":"2026-07-30T00:29:29","slug":"anwar-tiada-siapa-kebal-laporan-rci-th-didedah-supaya-salah-laku-disiasat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-tiada-siapa-kebal-laporan-rci-th-didedah-supaya-salah-laku-disiasat\/","title":{"rendered":"Anwar: Tiada siapa kebal, laporan RCI TH didedah supaya salah laku disiasat"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan kerajaan mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) dibuat bagi memastikan segala dakwaan salah laku dalam institusi itu disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan pada mulanya mengambil masa hampir tiga tahun sebelum mengumumkan laporan tersebut kerana mahu memberi ruang kepada pengurusan baharu memulihkan kedudukan kewangan dan pentadbiran TH yang ketika itu berdepan pelbagai masalah.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendedahan awal dikhuatiri menjejaskan keyakinan pendeposit sehingga boleh memberi kesan lebih buruk kepada institusi yang menjadi tempat simpanan umat Islam itu.<\/p>\n<p>\u201cPada 2022 dan 2023, apabila saya menjadi Perdana Menteri dan menerima taklimat daripada Pengerusi RCI, Tun Md Raus, kita bincang sama ada mahu dedahkan laporan itu atau tidak. TH minta beri sedikit masa.<\/p>\n<p>\u201cSebab kita mahu uruskan TH dengan betul. Ketika itu kerugian besar, pelaburan bermasalah. Jika laporan didedahkan terlalu awal, orang mungkin hilang keyakinan dan mengeluarkan simpanan sehingga menjejaskan TH,\u201d katanya ketika berucap pada program Grand Finale Kekal Harapan Negeri Sembilan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu malam tadi.<\/p>\n<p>Anwar berkata, keputusan untuk mendedahkan laporan itu akhirnya dibuat selepas beliau menerima desakan supaya kerajaan bersikap telus berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam TH.<\/p>\n<p>\u201cBila ada yang cabar saya, kalau benar ada penyelewengan, bongkarkan. Saya kata terima kasih, inilah peluangnya.<\/p>\n<p>\u201cJemaah Menteri kemudian membuat keputusan untuk mengeluarkan laporan RCI dan mengarahkan SPRM, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia serta pihak berkaitan menjalankan siasatan. Saya tidak menuduh sesiapa, saya hanya mahu siapa yang bersalah disiasat mengikut undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan supaya pendedahan laporan RCI itu dijadikan pengajaran agar institusi penting milik orang Melayu dan umat Islam terus ditadbir dengan penuh integriti.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh terima kelemahan mana-mana pemimpin, tetapi jangan salah guna kuasa untuk mengaut kekayaan. Itu yang paling penting.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak menuduh sesiapa. Laporan ini ada 12 jilid, baca dan biarkan agensi penguat kuasa menjalankan siasatan. Tidak perlu cabar saya lagi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, kerajaan turut memaklumkan pelbagai agensi penguat kuasa akan meneliti dapatan RCI bagi menentukan sama ada wujud unsur pelanggaran undang-undang yang memerlukan tindakan lanjut.<\/p>\n<p>Laporan RCI itu menjadi tumpuan selepas kerajaan mendedahkan pelbagai kelemahan dalam pengurusan TH sebelum ini, termasuk isu pelaburan, pematuhan peraturan dan tadbir urus yang didakwa menyumbang kepada kerugian besar institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Pendedahan itu turut mencetuskan gesaan supaya individu yang didapati bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan kerajaan mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) dibuat bagi memastikan segala dakwaan salah laku dalam institusi itu disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa. Beliau berkata, kerajaan pada mulanya mengambil masa hampir tiga tahun sebelum mengumumkan laporan tersebut kerana mahu memberi ruang kepada pengurusan baharu memulihkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13396,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,1154,18,103,828,551,1314],"authors":[],"class_list":["post-13841","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-negeri-sembilan","tag-pmx","tag-prn","tag-rci","tag-siasat","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13841","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13841"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13841\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13842,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13841\/revisions\/13842"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13396"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13841"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13841"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13841"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13841"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}