{"id":13846,"date":"2026-07-30T00:53:03","date_gmt":"2026-07-30T00:53:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13846"},"modified":"2026-07-30T00:53:03","modified_gmt":"2026-07-30T00:53:03","slug":"ahli-perniagaan-pukul-pengawal-peribadi-dipenjara-lima-tahun-rayuan-ditolak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ahli-perniagaan-pukul-pengawal-peribadi-dipenjara-lima-tahun-rayuan-ditolak\/","title":{"rendered":"Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi dipenjara lima tahun, rayuan ditolak"},"content":{"rendered":"<p>Seorang ahli perniagaan diperintah menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan sabitan terhadapnya atas kesalahan mengugut, mencederakan dan menghina dua pengawal peribadinya yang sedang berpuasa pada 2021.<\/p>\n<p>Hakim Shamsulbahri Ibrahim turut menolak rayuan dikemukakan Chung Chee Yang, 48, terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Majistret sebelum ini, selain menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.<\/p>\n<p>Dalam penghakimannya, hakim menyifatkan kesalahan dilakukan sebagai serius dan hukuman dikenakan adalah setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh serta menjadi peringatan kepada masyarakat bahawa mahkamah tidak akan berkompromi terhadap perbuatan sedemikian.<\/p>\n<p>\u201cTindakan mendera dan melakukan kekasaran terhadap pekerja sendiri yang mencari nafkah untuk kelangsungan hidup wajar dibanteras sepenuhnya agar tiada lagi kejadian serupa berlaku pada masa depan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan perbuatan menghina agama lain adalah tindakan yang tidak boleh diterima.<\/p>\n<p>\u201cPerbuatan menghina tuhan agama lain adalah satu perbuatan hina dan tidak wajar diucapkan oleh orang yang dikatakan banyak berbakti kepada masyarakat berbilang kaum,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Majistret sebelum ini berada dalam lingkungan yang dibenarkan undang-undang dan bersesuaian dengan keseriusan kesalahan dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cTiada alasan munasabah untuk saya campur tangan mengubah hukuman oleh Mahkamah Majistret. Oleh itu, rayuan terhadap sabitan dan hukuman ditolak,\u201d katanya sambil mengarahkan hukuman penjara bagi kesalahan berasingan dijalankan secara serentak bermula semalam.<\/p>\n<p>Pada prosiding itu, pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Najiha Tengku Zahari.<\/p>\n<p>Pada Mac tahun lalu, Mahkamah Majistret Klang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun 10 bulan serta denda RM22,000 terhadap Chung selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan membabitkan ugutan jenayah, menyebabkan kecederaan dan mengeluarkan kata-kata yang melukakan perasaan keagamaan terhadap dua pengawal peribadinya.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengacukan sepucuk pistol ke arah Mohd Azminizam Zulkepli dengan ugutan mahu menyebabkan kecederaan parah.<\/p>\n<p>Dia juga didakwa mengeluarkan kata-kata yang mengaitkan Allah dan ibadah puasa dengan niat melukakan perasaan agama yang didengari Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri Zailani, selain sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohd Azminizam.<\/p>\n<p>Kesalahan itu didakwa dilakukan di luar sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang, antara jam 9.30 malam hingga 10.30 malam pada 13 April 2021.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ahmad Shamsuri menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi sebagai bukti keadilan akhirnya berpihak kepada beliau dan rakannya selepas melalui pengalaman yang meninggalkan trauma.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, saya bersyukur atas keputusan hakim. Saya ingin mengingatkan mereka yang bekerja dalam bidang ini supaya jangan takut membuat laporan jika menjadi mangsa. Memang mereka ada duit, tetapi kita ada Allah. Insya-Allah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, walaupun masih dihantui pengalaman pahit itu, beliau tetap meneruskan kerjayanya sebagai pengawal keselamatan dengan semangat yang lebih kuat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang ahli perniagaan diperintah menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan sabitan terhadapnya atas kesalahan mengugut, mencederakan dan menghina dua pengawal peribadinya yang sedang berpuasa pada 2021. Hakim Shamsulbahri Ibrahim turut menolak rayuan dikemukakan Chung Chee Yang, 48, terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Majistret sebelum ini, selain menolak permohonan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13847,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[264,58,4603,122,2731],"authors":[],"class_list":["post-13846","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-hukuman","tag-mahkamah","tag-pengawal-peribadi","tag-penjara","tag-pukul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13846","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13846"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13846\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13848,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13846\/revisions\/13848"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13847"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13846"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13846"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13846"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13846"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}