{"id":13860,"date":"2026-07-30T07:58:41","date_gmt":"2026-07-30T07:58:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13860"},"modified":"2026-07-30T07:58:41","modified_gmt":"2026-07-30T07:58:41","slug":"azeez-rahim-sedia-disiasat-semula-susulan-pendedahan-laporan-rci-tabung-haji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/azeez-rahim-sedia-disiasat-semula-susulan-pendedahan-laporan-rci-tabung-haji\/","title":{"rendered":"Azeez Rahim sedia disiasat semula, susulan pendedahan laporan RCI Tabung Haji"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau bersedia disiasat semula berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH yang didedahkan kerajaan semalam, malah akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika diarahkan berbuat demikian.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk melalui proses siasatan sekali lagi kerana yakin laporan RCI itu perlu dibaca secara menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan dibuat.<\/p>\n<p>\u201cKalau kerajaan hendak siasat semula saya pun tidak mengapa. Saya bersedia memberi kerjasama sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya minta rakyat baca sendiri laporan setebal lebih 200 muka surat itu. Jangan dengar cakap orang atau hanya membaca sebahagian daripada laporan itu. Telitilah keseluruhan kandungannya sebelum membuat penilaian,\u201d katanya kepada pemberita ketika membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) di DUN Pertang, Jalaluddin Alias, di Taman Simpang Pertang, hari ini.<\/p>\n<p>Abdul Azeez berkata, laporan RCI itu juga tidak membuktikan wujudnya penyelewengan wang pendeposit TH seperti dakwaan yang sering dibangkitkan sebelum ini.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan bahawa ketika menerajui TH, beliau hanya berperanan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan tidak mempunyai kuasa meluluskan sebarang pelaburan atau transaksi secara bersendirian.<\/p>\n<p>Katanya, setiap cadangan pelaburan perlu melalui Panel Pelaburan serta Bahagian Pengurusan Risiko sebelum dibawa kepada Ahli Lembaga Pengarah, manakala kelulusan akhir berada di bawah bidang kuasa menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Abdul Azeez mempersoalkan tindakan kerajaan mendedahkan laporan RCI ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sedang berlangsung, sedangkan laporan berkenaan telah disiapkan sejak penghujung 2022.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak tahu kenapa tiga tahun lapan bulan laporan itu tidak dikeluarkan. Yang tahu hanya Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cDalam RCI itu sendiri jelas menyatakan laporan berkenaan boleh diterbitkan kepada umum,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengimbas proses siasatan yang pernah dihadapinya selepas pertukaran kerajaan pada 2018, termasuk ditahan selama 14 malam dan menjalani audit forensik.<\/p>\n<p>\u201cLepas sahaja kami jatuh, saya ditangkap dan ditahan 14 malam dalam lokap. Saya disiasat habis-habisan pada 2018.<\/p>\n<p>\u201cPada 2021, Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu mengeluarkan kenyataan rasmi tidak ada penyelewengan dan tidak ada salah guna. Kalau betul saya menyeleweng, sudah tentu saya dipenjarakan sejak 2018 lagi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau sekali lagi menegaskan kesediaannya untuk disiasat sekiranya kerajaan mahu membuka semula siasatan terhadap kes berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cHendak siasat lagi sekali, silakanlah. Saya orang pertama yang akan memberi kerjasama sepenuhnya. Kalau saya curi, saya tanggunglah. Apa lagi saya boleh buat? Tapi janganlah ulang ayat \u2018sakau, sakau\u2019,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, kerajaan mendedahkan laporan penuh RCI berhubung pengurusan TH yang menyiasat pelbagai isu tadbir urus, pelaburan dan pengurusan kewangan institusi itu bagi tempoh terdahulu.<\/p>\n<p>Pendedahan laporan berkenaan mencetuskan semula perdebatan politik apabila beberapa pihak saling mempertahankan dan mempertikaikan dapatan serta tafsiran kandungannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau bersedia disiasat semula berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH yang didedahkan kerajaan semalam, malah akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika diarahkan berbuat demikian. Menurutnya, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk melalui proses siasatan sekali lagi kerana yakin laporan RCI itu perlu dibaca [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4609,378,828,23,1314,146],"authors":[],"class_list":["post-13860","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azeez-rahim","tag-bn","tag-rci","tag-siasatan","tag-tabung-haji","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13860","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13860"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13860\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13861,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13860\/revisions\/13861"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13860"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13860"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13860"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13860"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}