{"id":13869,"date":"2026-07-30T12:48:32","date_gmt":"2026-07-30T12:48:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13869"},"modified":"2026-07-30T12:48:32","modified_gmt":"2026-07-30T12:48:32","slug":"rci-th-didedah-ikut-proses-tunggu-persetujuan-kabinet-nyahklasifikasi-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rci-th-didedah-ikut-proses-tunggu-persetujuan-kabinet-nyahklasifikasi-fahmi\/","title":{"rendered":"RCI TH didedah ikut proses, tunggu persetujuan Kabinet nyahklasifikasi: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sebahagian daripada strategi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya dibuat mengikut proses yang diputuskan kerajaan.<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata laporan itu hanya didedahkan selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan diklasifikasikan semula bagi membolehkan ia diumumkan kepada umum.<\/p>\n<p>\u201cRCI ini bermula susulan satu soalan yang dibangkitkan di Dewan Negara. Selepas Kabinet meluluskan dokumen itu, ia diklasifikasikan semula dan boleh didedahkan,\u201d katanya kepada pemberita selepas Program Kempen Internet Selamat X Sentuhan Sahabat MADANI di Jeram Padang, Jempol, pada Jumaat.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, kerajaan sebelum ini menangguhkan pendedahan laporan berkenaan atas nasihat Pengerusi Tabung Haji yang juga ahli RCI bagi memberi ruang kepada kerajaan melaksanakan cadangan pembaharuan serta memulihkan keyakinan pendeposit terhadap institusi itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kerajaan bukan sekadar mahu mendedahkan kandungan laporan tersebut, malah mahu ia dibahaskan di Dewan Rakyat supaya tindakan lanjut dapat diambil terhadap sebarang salah laku yang dikenal pasti.<\/p>\n<p>\u201cSebanyak 75 peratus syor dalam laporan itu sudah pun dilaksanakan. Baki syor yang melibatkan tindakan perundangan dan penguatkuasaan akan disusuli oleh pihak berkuasa berkaitan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, antara agensi yang akan mengambil tindakan susulan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) serta agensi berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.<\/p>\n<p>Mengulas kritikan bahawa laporan RCI tidak menggunakan istilah &#8220;sakau&#8221;, Fahmi berkata dokumen rasmi seperti itu menggunakan istilah perundangan dan bukannya bahasa harian.<\/p>\n<p>\u201cPerkataan seperti rasuah memang disebut dalam laporan itu. Laporan polis dan laporan kepada SPRM juga telah dibuat. Kini terpulang kepada pihak berkuasa untuk meneliti serta mengambil tindakan jika terdapat kesalahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut merujuk kepada dapatan RCI yang menyatakan berlaku manipulasi perakaunan di Tabung Haji, termasuk pada 2017 apabila kerugian sekitar RM1.4 bilion didakwa dipersembahkan seolah-olah mencatat keuntungan RM3.4 bilion.<\/p>\n<p>\u201cItu adalah \u2018creative accounting\u2019 yang menunjukkan penipuan angka. Siasatan mendapati amalan itu bukan sahaja berlaku pada 2017, malah dikesan sejak 2014 lagi.<\/p>\n<p>\u201cTabung Haji ialah institusi yang amat penting kepada umat Islam. Saya sendiri adalah pendeposit bersama ahli keluarga. Sudah tentu kita mahu Tabung Haji berada dalam keadaan lebih kukuh serta memastikan keadilan ditegakkan berdasarkan laporan penuh itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, beberapa pemimpin pembangkang mempersoalkan tindakan kerajaan mendedahkan laporan RCI Tabung Haji ketika kempen PRN Negeri Sembilan sedang berlangsung dan mendakwa ia bertujuan mempengaruhi sentimen pengundi.<\/p>\n<p>Laporan RCI yang dinyahklasifikasikan minggu ini antara lain mendedahkan beberapa kelemahan tadbir urus, manipulasi perakaunan dan urus niaga sepanjang tempoh 2014 hingga 2020, selain mengemukakan pelbagai syor pembaharuan bagi memperkukuhkan pengurusan Tabung Haji pada masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sebahagian daripada strategi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya dibuat mengikut proses yang diputuskan kerajaan. Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata laporan itu hanya didedahkan selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan diklasifikasikan semula bagi membolehkan ia diumumkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10371,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[49,235,2017,828,23,21,1314],"authors":[],"class_list":["post-13869","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi-fadzil","tag-kabinet","tag-kelulusan","tag-rci","tag-siasatan","tag-sprm","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13869","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13869"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13869\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13881,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13869\/revisions\/13881"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10371"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13869"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13869"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13869"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13869"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}