{"id":13870,"date":"2026-07-30T09:19:13","date_gmt":"2026-07-30T09:19:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13870"},"modified":"2026-07-30T09:19:13","modified_gmt":"2026-07-30T09:19:13","slug":"anwar-mahu-episod-kerugian-tabung-haji-tidak-berulang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-mahu-episod-kerugian-tabung-haji-tidak-berulang\/","title":{"rendered":"Anwar mahu episod kerugian Tabung Haji tidak berulang"},"content":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) diyakini mampu terus mencatat prestasi cemerlang selepas berjaya dipulihkan daripada krisis kewangan yang hampir menjejaskan kedudukannya sebagai institusi kewangan Islam.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata pengalaman dilalui TH menjadi peringatan penting tentang keperluan mengamalkan integriti, tadbir urus yang baik dan pengurusan amanah bagi memastikan institusi itu terus kukuh serta mendapat kepercayaan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Alhamdulillah, dapat dikesan awal dan dipulihkan. Dan saya yakin institusi Tabung Haji itu akan terus cemerlang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, integriti dan tadbir urus yang baik tidak sepatutnya sekadar menjadi slogan atau retorik, sebaliknya perlu diterapkan dalam setiap aspek pengurusan supaya sebarang kelemahan yang boleh menjejaskan kepentingan masyarakat dan negara tidak berulang.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan TH mempunyai sejarah yang panjang dan membanggakan sejak penubuhannya hasil cetusan Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, selain telah memberi perkhidmatan kepada ratusan ribu jemaah haji.<\/p>\n<p>Menurutnya, kejayaan memulihkan TH membuktikan pengurusan yang berintegriti mampu mengembalikan keyakinan terhadap institusi penting negara.<\/p>\n<p>Semalam, Anwar mendedahkan laporan yang dibentangkan kepada Jemaah Menteri menunjukkan TH pernah mengalami kerugian mencecah RM10 bilion.<\/p>\n<p>Susulan itu, beliau mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran dalam pengurusan institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, mana-mana individu atau pihak yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan TH mengalami kerugian dan penipuan akan disiasat oleh pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Pendedahan itu dibuat selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan dan tadbir urus TH dibentangkan kepada Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>Laporan tersebut menggariskan penemuan serta syor penambahbaikan bagi memastikan institusi berkenaan terus diurus secara telus, mampan dan berintegriti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) diyakini mampu terus mencatat prestasi cemerlang selepas berjaya dipulihkan daripada krisis kewangan yang hampir menjejaskan kedudukannya sebagai institusi kewangan Islam. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata pengalaman dilalui TH menjadi peringatan penting tentang keperluan mengamalkan integriti, tadbir urus yang baik dan pengurusan amanah bagi memastikan institusi itu terus kukuh serta mendapat kepercayaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":12605,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,2868,4611,828,1314],"authors":[],"class_list":["post-13870","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-integriti","tag-krisis-kewangan","tag-rci","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13870","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13870"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13870\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13871,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13870\/revisions\/13871"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12605"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13870"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13870"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13870"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13870"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}